PUSAT INTERNET  Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat portal komuniti kami. Pusat Internet merupakan sebuah program yang dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. sebanyak 12 PUSAT INTERNET Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT INTERNET ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

PUSAT INTERNET Komuniti Sungai Sireh kini dibuka kepada seluruh penduduk kampung dan menyediakan pelbagai kemudahan yang dapat menjimatkan tenaga dan juga masa. Datanglah beramai-ramai ke PUSAT INTERNET Sungai Sireh untuk menambah ilmu pengetahuan dan juga maklumat. Di pusat ini juga ada menyediakan kelas dan bengkel secara percuma kepada semua lapisan masyarakat di kampung ini.