PEDI   PEDi2

PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

Sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap PEDi dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. PEDi juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta. 37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022. Sementara sebanyak 173 PEDi akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 PEDi. PEDi ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penhujung Disember 2022. Ini menjadikan sebanyak 1,083 PEDi beroperasi di seluruh negara.

 

PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti: 

  • latihan ICT,

  • latihan keusahawanan, 

  • latihan multimedia, 

  • e-pembelajaran,

  • latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.

Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta.

 

Objektif Penubuhan Pusat Ekonomi Digital(PEDi)

Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan PEDi sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat PEDi diwujudkan di semua PEDi di seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat PEDi adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan PEDi serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di PEDi tersebut.

Perkhidmatan di Pusat Ekonomi Digital(PEDi) Sungai Sireh

PEDi menawarkan latihan ICT(information and Communications Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli PEDi. Selain itu, PEDi juga menyediakan perkhidmatan Internet jalur lebar, printing, scanning, fotostat, laminate, binding 

Latihan yang disediakan Pusat Ekonomi Digital(PEDi)

  • Kelas Asas ICT

  • Kelas STEM-Iot

  • Kelas Asas Keusahawanan

  • Kelas E-Pembelajaran

  • Kelas SoftSkills

 

Kemudahan yang disediakan Pusat Ekonomi Digital(PEDi) Sungai Sireh

  • Membayar bil-bil semasa

  • Melakukan urusan jual beli secara atas talian

  • Mendapatkan pelbagai maklumat am

  • Mengiklankan produk jualan dan perkhidmatan secara atas talian

  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan untuk membuat aduan atau cadangan


Keahlian Rm5/ Seumur Hidup Pusat Ekonomi Digital(PEDi)

1)Percuma penggunaan komputer selama 1jam dalam 3 bulan dari tarikh pendaftaran keahlian.

2)Pinjaman netbook  selama 30 hari (1 bulan)

3)Latihan ICT secara percuma

4)Kad keahlian –kumpul mata melalui kad keahlian dan tebus hadiah misteri

5)Berpeluang menjadi salah seorang ikon kisah kejayaan

 

MAKLUMAT PETUGAS PUSAT EKONOMI DIGITAL(PEDi) SUNGAI SIREH

Pengurus : Nurakma Suhaila binti Shari

No Tel     : 019-233 9787
Emel       : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Portal      : sgsireh.pjk.com.my
Alamat    : Lorong 23 Parit 1 Sg Sireh,
                Kampung Ampangan,
                45500 Tanjung Karang,
                Selangor.

Pen. Pengurus : Noraini binti Adimun
No Tel               :012-9420058
Emel                 : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Portal                : sgsireh.pjk.com.my
Alamat              : Lorong 23 Parit 1 Sg Sireh,
                           Kampung Ampangan,
                           45500 Tanjung Karang,
                           Selangor.