MUAT TURUN APLIKASI MYTRACE
Bagi pengguna telefon bimbit jenis Android anda boleh muat turun aplikasi MyTrace di Google PlayStore [https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mytrace]
Bagi pengguna iOS pula, anda boleh memuat turun aplikasi MyTrace dalam tempoh terdekat setelah ianya tersedia di App Store.
MyTrace adalah sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.
Aplikasi MyTrace menggunakan teknologi `Bluetooth' di mana ia membolehkan telefon bimbit pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.
Sekiranya pengguna disahkan positif COVID-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace.
MyTrace mengumpul maklumat nombor telefon yang telah dirahsiakan (anonymized) dan TIDAK mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai MyTrace dan bantuan teknikal, emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
MyTrace dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi tempatan.
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA