Latar Belakang Kampung Sungai Sireh
Kampung Sungai Sireh merupakan sebuah kawasan kampung yang terletak di Mukim Tanjung Karang. Kampung ini juga terletak dalam Daerah Kuala
Selangor. Kampung Sungai Sireh telah disempadani oleh Hutan Simpan Hulu Selangor. Keluasan Kampung Sungai Sireh dianggarkan seluas 1,039 ekar. 

Kampung Sungai Sireh ini dianggap kampung yang bertuah kerana terdapat banyak tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh dijadikan aspek

pelancongan untuk kampung ini. Antara yang menjadi tumpuan utama ialah homestay, sungai yang terbentang luas, jeti, hutan simpan, selain menikmati kehidupan desa bersama keluarga angkat.

 

Nama Kampung Ampangan

Wujudnya Kampung Ampangan adalah pada 26hb Ogos 2005 iaitu telah diumumkan oleh Tuan Abdul Hakim Bin Haji Abdullah Mokhri, Penghulu Mukim Tanjung Karang 1. Bagi Ketua Kampung yang dilantik ialah Tuan Ramlan Bin Samsure bertempat di Pentas Terbuka Agrotourism Homestay Sungai Sireh, Tanjung Karang.

Pada mulanya, kampung ini diterokai pada zaman penjajahan British. Di mana nama kampung pada masa itu dikenali dengan nama Kampung Headwork. Sehinggalah berakhirnya zaman penjajahan Jepun dan British, kemudiannya nama kampung ini ditukar kepada Kampung Seri Gambut yang meliputi kawasan Cross Ban 4 hingga ke Parit 3.

Selepas itu, setelah persempadanan semula kampung, maka Kampung Ampangan ini diletakkan di bawah Kampung Sungai Sireh yang ketika itu ketua kampungnya ialah Tuan Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman.

Setelah Tuan Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman meninggal dunia, Kampung Sungai Sireh telah diterajui oleh Tuan Haji Abdul Hadi Bin Mohamad.

Pada tanggal 26hb Ogos 2005, bersamaan 21 Rejab 1426H, maka wujudlah kampung ini dengan nama "Kampung Ampangan".