Pencapaian Sukan/Permainan

-   Johan Pertandingan Silat Peringkat Negeri Selangor di Kuala Langat.
-   Menyertai Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tanjung Karang pada Program Hari 4B Peringkat Kebangsaan dalam acara kompang teramai dan      tersenarai dalam Malaysia Book Of Record. 

Aktiviti 
-   Menghantar peserta ke kursus-kursus yang dianjurkan oleh Badan NGO dan jabatan-jabatan yang terlibat. 
-   Penglibatan dalam Kursus Kepimpinan Belia peringkat Daerah Kuala Selangor.
-   4 orang ahli yang telah menjadi jurulatih dan urusetia untuk Program Khidmat Sosial Negara. 
-   Menyertai dan menjayakan setiap aktiviti yang diadakan di kampung.

Biro Sukan dan Rekreasi

Matlamat 
-   Mewujudkan masyarakat kampung yang berbudaya suka bersukan.

Objektif  
-   Menjadikan penduduk kampung lebih aktif dalam sukan yang dianjurkan.
-   Dapat merapatkan hubungan antara badan-badan NGO. 
-   Menjalinkan hubungan yang baik antara pasukan. 

Aktiviti
-   Menjalankan latihan bola sepak setiap petang di Sekolah Kebangsaan Seri Gambut.
-   Sempena menyambut aidilfitri, penduduk Kampung Ampangan telah mengadakan baraan (ziarah beramai-ramai) dari rumah ke rumah.
-   Mengadakan Hari Warisan yang dianjurkan bersama Kelab Pemuda Umno Tanjung Karang yang bertempat di perkarangan Homestay Sungai Sireh.