Nama : Siti Nurul Amira binti Ismail
Umur : 30 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Beliau menjalankan perniagaan kosmetik dari pelbagai jenama. Iman adalah nama panggilan yang senang disebut dikalangan rakan-rakan beliau. Siti Nurul Amirah binti Ismail merupakan nama beliau yang jarang sekali digunakan. Beliau seorang yang peramah dan senang didekati oleh sesiapa sahaja. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dana mempunyai 4 orang cahaya mata. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2017 hanya di rumah sahaja.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500sebulan sahaja. Jumlah pelanggan amat sedikit ketika itu membuatkan beliau ingin mencari pendapatan tambahan untuk keluarga. Beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus usahawan sebelum ini. Beliau ingin membelajari lebih dalam mengenai bidang keusahawanan di PEDi dengan lebih dekat lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hadir mengikuti kelas di PEDi dalam memantapkan lagi kemahiran beliau didalam bidang komputer sekaligus boleh mempelajari teknik-teknik mempromosi produk beliau di sosial seperti di facebook, shopee dan tiktok shop. Beliau mempelajari selok belok perniagaan bagi menambah pendapatan beliau yang kini meningkat sebanyak RM1000 sebulan.


 

Nama : Rosnani binti Ismin
Umur : 40 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Rosnani binti Ismin merupakan seorang usahawan kecil-kecilan di Kampung Sungai Burong. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2019 sehingga kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum memulakan perniagaan beliau merupakan surirumah sepenuh masa sementara suami beliau bekerja. Beliau tidak pernah bekerja apatah lagi mengikuti mana-mana aktiviti di kampung. Beliau mula mengenali PEDi setelah kawan baik beliau mengajak mengikuti kelas usahawan yang dianjurkan di PEDi Sungai Sireh. Beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini.

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Beliau tidak bekerja menyebabakan beliau sering kebosanan dirumah dan beliau mengambil kesempatan untuk mengikuti kelas di PEDi. Beliau juga mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi bagi meningkatkan kefahaman selok belok dalam bidang perniagaan. Produk beliau kini sangat popular di kampung halaman dengan jualan produk makanan boleh dibeli dari semua peringkat umur. Jualan beliau meningkat selepas mengikuti kelas di PEDi.


 

Nama : Noor Affendy bin Noor Azme
Umur : 25 tahun
Ahli : 2004


Latar belakang

Noor Affendy bin Noor Azme adalah seorang usahawan daun pandan di Kampung Ampangan, Beliau anak ke 2 daripada 3 adik beradik. Beliau dibesarkn oleh seorang ibu tinggull yang tinggal bersama. Beliau memulakan pekerjaan di Damansara sebagai Kerani di sebuah syarikat. Beliau behenti kerja dan mulakna hidup baru di  kampung halaman sebagai petani. Beliau dapat menjaga ibu yang tinggal keseorangan dirumah. Beliau tekat menjadi petani yang berjaya suatu hari nanti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi usahawan pandan beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Damansara. Beliau selalu hadir ke PI bagi mengikuti kelas dalam latihan yang disediakan oleh PI. Beliau amat meminati kelas yang disediakan disini. Petugas menarik beliau untuk menjadi ahli PI supaya beliau boleh mengikuti kelas seterusnya secara percuma.   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mengikuti program di Pusat Internet sejak sekolah rendah lagi. Permulaan beliau mempelajari asas komputer, photoshop, kelas keusahawanan dan banyak lagi. 


 

Nama : Muhamad Amin bin Ibrahim
Umur : 15 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Beliau merupakan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Dato Harun. Beliau merupakan pelajar yang aktif dalam aktiviti disekolah mahupun di luar. Beliau seorang yang pendiam pada awalnya tetapi beliau selalu menunjukkan minat dalam aktivti yang diadakan di Pusat Internet Sungai Sireh. Beliau diberi dorongan ibu dan adiknya dalam bidang atau acara yang beliau ikuti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berminat dalam aktiviti Pusat Internet semenjak mengikuti ibu beliau ke Pusat Internet. Beliau cuba untuk belajar komputer, walaupun beliau tidak mahir menggunakannya. Beliau sebenarnya sangat takut apabila guna komputer kerana takut tersalah setiap kali pegang peralatan komputer. Beliau banyak bertanya petugas dalam keberanian untuk menggunakan komputer dengan sebaik mungkin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan yang beliau hadir di Pusat Internet, banyak perubahan yang telah beliau alami. Kini beliau telah pandai menggunakan komputer dengan baik dan boleh membuat latihan yang diberikan sebaik mungkin. Dengan kegigihan beliau belajar, adik beliau telah mendapat tunjuk ajar daripada beliau. Beliau antara pelajar yang aktif dalam pertandingan yang dianjur kan oleh pihak PIK dan beliau pernah menang dalam pertandingan membuat poster dalam mengikuti kelas disini.