Duduk di rumah dan jangan sebar berita palsu!
Berhenti daripada menyebarkan berita palsu berkaitan #COVID19 yang boleh mencetuskan keresahan atau panik dalam kalangan masyarakat.
#malaysiaictvolunteer
#BeritaPalsu
#MCMC
#Sebenarnyamy
#TidakPastiJanganKongsi
#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
Agak mengejutkan apabila rakaman seorang kanak kanak yang sedang menangis teresak esak akibat salah mengeja di paparkan di media utama kelmarin.
Jelas, kanak kanak tersebut berada dalam keadaan emotional distress dan ia bukan suatu perkara yang lucu untuk dikongsi di media. Kajian menunjukkan, ketakutan dan kebimbangan dikalangan kanak kanak dapat membantutkan minat mereka untuk belajar dan perkembangan minda.
Ya betul, setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendidik anak anak, tetapi dengan berkongsi gambar atau rakaman dalam keadaan anak yang memalukan di media sosial, ia akan meninggalkan jejak digital untuk tempoh masa yang lama.
Selain itu, rakaman anak dalam keadaan berbogel atau separa bogel jangan sesekali dikongsi di media sosial. Anda tidak tahu, ada mata mata pemangsa yang sedang memerhatikan.
Tempoh PKP, wajar dimanfaatkan untuk anda meluangkan masa bersama anak anak dan keluarga. Jangan jadikan tempoh ini mimpi ngeri yang menjadi sejarah titik hitam kepada anak anak.
#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang