Masa : 10.00pg- 1.00ptg Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 4 orang |
Tujuan
Bengkel MIV ini yang terdiri daripada 4 orang peserta. Bengkel ini bermula dari jam 10 pagi untuk pendaftaran peserta. Bengkel ini adalah inisiatif baru oleh SKMM untuk menggalakkan orang ramai menyertai dan menyumbang kepada pemerkasaan rakyat Malaysia untuk menjadi warga digital. Peserta juga adalah yang bersemangat kesukarelawan dan melaksanakan aktiviti berbentuk ICT.
Aktiviti
Peserta yang hadir ke Pusat Internet perlu mendaftarkan diri dahulu sebelum memulakan bengkel ini secara langsung. Peserta mendengar ceramah daripada MIV Cyberjaya yang terdiri daripada kakitangan SKMM. Mereka menerangkan bagaimana pentingnya untuk melindungi komputer. Selain itu mereka menerangkan langkah-langkah menghindarkan diri daripada mangsa penipuan. Peserta boleh merujuk di laman web sebenarnya.my dalam mencari maklumat yang sahih sebelum menyebarkan sebarang berita.