Masa : 10.00pg- 11.00 pagi Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 22 orang |
Tujuan
Taklimat advokasi merupakan taklimat sampingan dalam program ini, petugas perlu memastikan semua yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan bagi keberkesanan advokasi kepada masyarakat. Taklimat ini merangkupi tajuk seperti e-waste, klik dengan bijak, buli siber, laman web sebenarnya.my dan scammer. Taklimat ini amat berguna dalam kehidupan seharian kita.
Aktiviti
Petugas memberi pendedahan mengenai e-waste, dimana peralatan elektronik yang tidak digunakan atau rosak boleh di kitar semula. Pusat internet juga ada menyediakan kotak kitar semula untuk peralatan elektronik ini. Petugas juga menunjukkan video mengenai buli siber, scammer dan klik dengan bijak. Video ini memberi pemdedahan cara bagaimana perkara yang tidak diingini terjadi.