Masa : 9.00ptg -1.00ptg Lokasi : Aplikasi Dashboard Komuniti Peserta : 1 orang |
Tujuan
Peserta yang terdiri daripada wanita yang ingin mengetahui kegunaan dashboard komuniti. Dashboard komuniti ini terdapat 5 jenis kategori seperti Myhealth, Myshop, Mykomuniti, Myplace dan Mysoal. Umum mengetahui dashboard komuniti ini boleh di muatturun melalui telefon masing-masing bagi memudahkan pelanggan dalam aktiviti seharian.
Aktiviti
Petugas menerangkan kegunaan 5 kategori ini dengan lebih dekat lagi. Peserta boleh membuat aduan di mykomuniti yang terdapat di dashboard komuniti. Peserta juga boleh melihat pelbagai maklumat yang terdapat di dalam mykomuniti. Myshop adalah ruang untuk pengguna berniaga secara alam maya. Peserta boleh masukkan gambar produk didalam myshop dan mempromosikan barang dengan mudah. Myhealth adalah sebuah aplikasi yang mudah dimana peserta boleh melihat sendiri rekod kesihatan yang telah dilakukan di Pusat Internet.