Masa : 10.00pg - 12.30tghr Lokasi : PiK Sungai Sireh Peserta : PEDi Selangor dan Usahawan |
Tujuan
Nama perniagaan merupakan gaya atau tajuk yang digunakan bagi pengenalan sesuatu perniagaan yang dijalankan. Nama perniagaan mempunyai dua kategori iaitu nama sendiri atau nama syarikat. Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan. Kategori ini tidak perlu semakan untuk kelulusan. Contoh Ruslan Bin Mohamad, Lee Yng Fei dan Sharmila A/P Avaniappan. (b) Nama tred: Nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering dan ABS Unggul Enterprise
Aktiviti
Pegawai SSM menerangkan secara terperinci bagaimana mendaftar ssm melalui ezbiz. Laman web ezbiz senang di akses oleh pengguna. Pengguna perlu daftar masuk dahulu sebelum mendaftar dengan lebih lanjut lagi berkaitan lesen perniagaan.