Tarikh   : 23 September 2017

Masa    : 9.00pagi-2.00petang

Lokasi : Pi1M Sg Sireh

Peserta : 100orang

Tujuan 
Program ini di hadiri seramai 100 orang daripada pelbagai lapisan iaitu kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan menengah, dewasa dan warga emas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerangkan apa itu dashboard, apa kegunaan dia kepada komuniti serta menggalakkan peserta menggunakan applikasi dashboard.

Aktiviti
Para peserta di beri taklimat mengenai dashboard komuniti dan kegunaan yang terdapat dalam dashboard ini. Peserta diberikan penerangan jenis dashboard komuniti iaitu Mysoal, Myhealth, MyKomuniti, Myshop, Myplace dan Myskool. Peserta di kehendaki memuat turun aplikasi dashboard komuniti di handphone masing-masing. Untuk memeriahkan lagi program, bantal, jug air, meja seterika dan banyak lagi, antara hadiah cabutan bertuah kepada peserta yang hadir. Program ini juga ada permainan game online iaitu durian runtuh, dimana peserta perlu memuat turun game untuk mengumpul buah durian.