Tarikh    8 Oktober 2024

Masa     : 10pg-12tgri
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Wanita

 
Tujuan

NADI x Mahir Masak adalah inisiatif yang bertujuan untuk memperkasakan komuniti dengan kemahiran praktikal, di mana program ini menyediakan pelbagai modul pembelajaran termasuk dalam bidang masakan. Program NADI xMahir Masak dirancang khusus untuk membantu individu yang ingin meningkatkan kemahiran memasak mereka, sama ada untuk keperluan harian, kesihatan, atau sebagai langkah memulakan perniagaan makanan.

Aktiviti

Peserta akan mempelajari teknik memasak daripada asas hingga ke tahap lanjutan mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu seminggu sekali selama 1 hingga 2 jam kelas. Peserta perlu mengikuti kelas secara atas talian.