Masa : 10.00pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Tabika Kemas Seri Murni
|
Tujuan
Pelajar seramai 9 orang mengikuti Bengkel ICT di Pusat Internet yang telah dilatih oleh Cik Nurakma selaku Pengurus Pi. Pelajar yang terdiri daripada 4 tahun sehingga 6 tahun telah menghadirkan diri di bengkel tersebut. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memantapkan lagi kefahaman pelajar tabika dalam bidang komputer. Ia memberi pendedahan awal supaya pelajar dapat mengenal komputer dan peralatan komputer.
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat mengenai komputer seperti tetikus, monitor, papan kekunci dan sebagainya. Setiap fungsi diberi penerangan satu persatu bagi pelajar memahani cara menggunakan peralatan tersebut. Selain daripada itu pelajar membuat latihan dan mewarna online dapat memahirkan tangan memegang tetikus. Ada juga diantara pelajar yang tidak tahu menggunakan komputer, tetapi dengan keinginan yang ada mereka dapat menggunakan dengan bijak.