T
arikh : 20 Julai 2019

Masa   : 10.00pagi- 12.00 tengahari

Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh 

Peserta : Pelajar

 

Tujuan

Klik dengan bijak adalah membudayakan penggunaan internet dengan waspada. Ia mempunyai beberapa aspek seperti melahirkan penguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Ia juga mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan penguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan mengenai klik dengan bijak maklumat palsu. Taklimat ringkas ini dapat membuka mata pelajar dalam melayari internet dengan berwaspada. Pelajar diberi peluang menlihat video maklumat palsu yang terjadi di sekitar kita tanpa sedar.