Ini satu pertalian yang cukup istimewa.
Covid-19 Survivor ( Pesakit Covid 19 yang telah sembuh) kini merupakan antara harapan bagi sesetangah pesakit covid 19 yang masih berjuang. Memandangkan vaksin dan rawatan khusus bagi virus ini masih belum sedia untuk digunakan, penggunaan plasma darah pesakit covid yang telah sembuh telah digunakan. Plasma adalah salah satu komponan darah yang terdapat dalam darah manusia. Plasma ini mengandungi antibodi yang mampu membunuh virus covid 19. Penggunaan plasma ini akan mewujudkan imuniti pasif kepada pesakit covid 19 yang sedang bertarung. Sehingga kini, terdapat 915 pesakit Covid 19 yang telah sembuh. Pesakit yang bersesuaian untuk mendermakan plasma darah untuk tujuan ini akan dilakukan oleh pihak hospital mengikut kriteria yang bersesuaian.
#covid19
#stayhome
#dudukdirumah