COVID-19 CIPTA MENU RINGKAS BERKHASIAT

Tempoh PKP ini adalah masa keemasan buat ibubapa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jangan biarkan anak-anak hanya menonton rancangan kartun di kaca TV sahaja. Anak-anak sukakan cabaran dan aktiviti bersama ibu bapa sangat dinantikan mereka.Ramai ibu bapa buntu untuk menggalakkan anak mengambil makanan sihat dan inilah masanya ibu bapa meluangkan masa membentuk kecintaan makanan sihat. Jangan risau tentang barangan yang mungkin terhad di dapur anda. Hanya GUNAKAN BAHAN APA YANG ADA dan cipta sesuatu yang menarik sebagai contoh agar-agar yogurt ini. Hidangan ringkas tetapi berkhasiat adalah bermakna buat mereka.Gantikan penggunaan GULA dengan JUS BUAH atau hadkan penggunaan gula separuh daripada resipi biasa. Gunakan serbuk agar-agar yang kosong untuk mengelak pewarna tambahan atau guna pewarna semulajadi daripada daun pandan, buah naga atau buah oren. Tambahkan jus buah atau potongan buah dalam hidangan ini, ajak anak untuk mengenal buah dan ajak mereka lakukan bersama aktiviti ini.Anak pasti menyukainya dan tidak sabar untuk merasai hidangan yang mereka sendiri sediakan. Cubalah ibu bapa, Anak anda pasti gembira dan ini kenangan buat mereka. Aktiviti sihat seperti ini bakal membentuk generasi sihat akan datang. Ibu bapa bertanggungjawab mewarnai corak pemakanan anak-anak. Usahakan ke arah yang lebih sihat.

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#makansecarasihat