TIP RAMADHAN- TIDAK WAJIB MOREH ⁉️
Moreh adalah budaya masyarakat di Malaysia yang merujuk kepada makan selepas terawih. Namun, MOREH ini tidak diamalkan di kebanyakan negara-negara Islam lain.
MOREH jika merujuk kepada definisi Dewan Bahasa dan Pustaka: kenduri di masjid atau surau dalam bulan puasa.
Pengambilan MOREH secara berlebihan, ditakuti akan menyumbang kepada extra kalori yang tidak diperlukan badan...dan akan menyebabkan kenaikan berat badan, walaupun berpuasa❗️
Sekiranya amalan MOREH masih diteruskan semasa tempoh duduk di rumah ini, pastikan pengambilan kalori semasa berbuka adalah tidak berlebihan..dan jumlah pengambilan kalori semasa bersahur, berbuka dan moreh tidak melebihi keperluan kalori harian kita.
Pengambilan MOREH ni bukanlah sebagai hidangan utama tetapi lebih kepada snek diantara waktu berbuka hingga ke waktu sahur. Jika perlu ambil MOREH, pilihlah snek yang lebih rendah kalori, gula dan lemak.
#Ramadhankareem
#Stayathome
#moreh
#infopemakananKKM
#NutritionistKKM