Perhatian kepada mana mana peniaga yang pernah berkunjung ke Pasar Borong Kuala Lumpur, mohon tampilkan diri untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
✔️ Kluster Pasar Borong telah mencatatkan 180 kes dimana 80 kes melibatkan jangkitan peniaga luar dari Pasar Borong Kuala Lumpur.
✔️ Faktor risiko di Pasar - sesak, padat, kebersihan menyebabkan pengunjung berisiko mendapat jangkitan
Berbeza dari kluster lain, peniaga Pasar Borong mempunyai pergerakan ke tempat lain semasa tempoh PKP. Risiko penyebaran ke populasi warga asing juga ada kerana ramai pekerja warga asing di sekitar kawasan tersebut. Berhati hati semua, perjuangan kita belum berakhir.
#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang