Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Hari Raya Aidilfitri bagi mencegah lonjakan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.
Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 di Korea Selatan dan Jerman setelah perhimpunan keluarga menyebabkan kematian.
"Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (Covid-19), kita boleh hilang segala usaha dan kawalan yang kita lakukan selama ini. Mari berjaga-jaga.
"Mungkin lockdown semasa hari raya adalah satu langkah pencegahan yang baik? Ayuh kekalkan perkembangan baik kita," katanya di Twitter hari ini.
.
Sementara itu, di Arab Saudi, perintah berkurung juga telah diumumkan pada tempoh perayaan aidilfitri dari 23-27 Mei 2020.
Tanpa pelaksanaan PKP , mampukah pergerakan masyarakat dihentikan dari melakukan ziarah dan berkunjung ?
#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#perintahkawalanpergerakanbersyarat