Pengimbas Suhu InframerahTanpa Sentuh (Non-contact Infrared Thermometers) merupakan peranti perubatan kategori kelas B iaitu berisiko sederhana rendah.
Mengimport dan penjualan di pasaran Malaysia perlu kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) mengikut Akta Peranti Perubatan 2012 atau Akta 737.
Bagaimanapun, PBPP memberi pengecualian bersyarat untuk tempoh tertentu kepada syarikat yang telah diluluskan untuk membawa masuk peranti ini sepanjang wabak COVID-19.
PBPP berhak untuk menarik balik kebenaran penjualan yang telah diberikan jika terdapat masalah keselamatan dan prestasi alat ini seperti yang menjadi runggutan orang ramai.
Sila rujuk pengumuman rasmi PBPP. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi PBPP.
#Kitamestimenang
#covid19
#Perintahkwalanpergerakanpemulihan
#PKPP