Jenis Perniagaan : Pengasuh Kanak-kanak

Nama Pengusaha : Kasmirah binti Jemain

Alamat : Lorong 3 Parit 1 Sungai Sireh, Kampung Ampangan,45500 Tg Karang Selangor.

Penerangan : Beliau seorang pengusaha Tabika Asuhan Mira bersama dengan suami beliau. Beliau buka rumah asuhan tersebut di rumah dengan persekitaran yang bersih dan rumah yang besar, sesuai untuk kanak-kanak tinggal disitu.

  

  

Jenis Perniagaan : Makanan 

Nama Pengusaha :Shamsiah binti Sirok

Alamat : Parit 1 Ban 4 Sungai Sireh, Kampung Ampangan,45500 Tg Karang Selangor.

Penerangan : Kedai makan yang terletak di Ban 4 ini sangat popular dengan masakan wak Sam ini. Wak Sam adalah nama panggilan tuan masakan di kedai ini. Beliau menjual pelbagai jenis lauk pauk seperti ikan keli masak cili api, ayam masak merah, ikan kicap, telur masin, sayur kangkung goreng, terung cili api dan banyak lagi. Kedai Wak Sam ini dibuka pada 10.00 pagi hingga 3 petang. Kedai Wak Sam ini juga dibantu oleh suami dan anak bongsu beliau dalam menguruskan kedai. 

  

  

Jenis Perniagaan : Makanan 

Nama Pengusaha : Nur Asikin binti Aziz

Alamat : Lorrong 1 Parit 1 Sungai Sireh, Kampung Ampangan,45500 Tg Karang Selangor.

Penerangan : Penggemar kek coklat membuatkan beliau teruja untuk menghasilkan produk sendiri. Dengan bakat yang ada beliau membuat kek coklat dan diletakkan dikedai-kedai yang berhampiran rumah. Beliau juga ada mempelajari di laman sosial iaitu youtube, facebook, blog dalam variasi bahan. Untuk tempahan kek moist boleh wasap beliau di no telefon 0196453132 bagi yang ingin merasai sendiri kek coklat beliau.

 

Jenis Perniagaan : Makanan 

Nama Pengusaha :Suraya binti Samsuri

Alamat : Lorong 21 Parit 1 Ban 4 Sungai Sireh, Kampung Ampangan,45500 Tg Karang Selangor.

Penerangan : Puan Sue adalah nama panggilan kepada umpunya nama. Beliau berkecimpung dalam dunia kuih-muih semenjak tahun 2015 lagi. Beliau juga mengambil tempahan seperti kenduri kendara, jamuan, portluck dan sebarang majlis. Pelbagai jenis kuih seperti talam pandan,talam gula merah,talam cendol,talam keladi,srimuka pandan,srimuka gula merah,talam dodol,talam kacang merah,talam berlauk,kole kacang,kuih lapis,senteling ubi nenas,apam pisang,puteri ayu,sri ayu coklat cheess,koswi pandan gedik,koswi gula merah,apam kampung,cara berlauk,bingka u bidan talam ubi.