Kejayaan itu prinsip asasnya adalah usaha. Setiap usaha pula memerlukan fokus, yakni membawa kepada ketekunan. Hanya orang yang tekun sahaja mempunyai peluang untuk berjaya dalam perniagaan. Dalam masa untuk memperoleh kejayaan yang diinginkan adalah berbeza-beza.

Usahawan yang berjaya menjadi sumber inpirasi setiap insan yang ingin berjaya. Kini kejayaan mereka boleh kita ikuti untuk menjadikan kita lebih berjaya. Kejayaan yang akan mengubah hidup, diri serta keluarganya. Yakni mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan. Seterusnya menjadikan diri sebagai seoarang usahawan kaya dan berjaya.

Pusat Internet 1Malaysia telah melahirkan usahawan berjaya dari kalangan komuniti setempat. Ikuti kisah kejayaan mereka usahawan berjaya. Kisah kejayaan mereka seperti yang dipaparkan dalam ruangan KISAH KEJAYAAN:-

 

Usahawan Tempe

Puan Siti Aniza binti Aman

37 Tahun

Lorong Nangka Parit 2 Sungai Burung, 45500 Tanjung Karang, Selangor

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

019-3224629

1. Usahawan tempe secara kecil-kecilan. Beliau merupakan usahawan baru yang mahu menjinakkan diri ke bidang keusahawanan. Beliau masih belum mempunyai cabang yang luas dalam penghasilan dan promosi produk beliau tetapi usaha beliau dalam mengubah nasib beliau yang menjadikan beliau menjadi usahawan terpilih pada bulan ini.

2. Puan Aniza hanya membuat tempe sebagai pemakanan seharian keluarga beliau sahaja. Akan tetapi terdapat jiran yang suka akan tempe buatan beliau dan menggalakkan beliau untuk menjual tempe tersebut sebagai sumber pendapatan. Walaubagaimanapun, beliau tidak mempunyai apa-apa asas perniagaan dan beliau tidak tahu bagaimana cara untuk memperkenalkan produk beliau.

3. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20 – RM40 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah kurang 40 unit yang terjual.

4. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Sg Sireh, Puan Aniza baru menyedari bahawa banyak perkara yang beliau perlu pelajari dan mungkin beliau boleh kerugian jika tidak merancang perniagaan dengan betul. Beliau juga sedang mempelajari cara menaip dan menggunakan Microsoft Word dan Excel supaya beliau lancar untuk menulis surat kepada badan-badan keusahawanan dan menganalisa data keuntungan dan kerugian beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat ke RM100 – RM400 sebulan bermula awal mei dan jun 2016 ini.

 

  

Usahawan Jamu

Puan Tomirah binti Panot & Nor Hanisah Binti Ramlan

63 Tahun

Lorong 17 Parit 1 Sungai Sireh, Kampung Ampangan, 45500 Tanjung Karang, Selangor.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1. Usahawan Jamu Tradisional dengan menggunakan tanaman asli seperti serai wangi dan daun jambu. Nama perusahaan ialah ANOORANIS RESOURCES. 

2. Puan Tomirah (Wak Tom) memulakan perniagaan jamu secara manual dan kecil-kecilan di rumah sahaja. Wak Tom tidak mempunyai pengetahuan berkenaan kaedah promosi yang baik dan teknik-teknik pemasaran yang berkesan serta cabang perbadanan yang boleh membantu beliau untuk mengembangkan perniagaan beliau.

3. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah kurang 50 orang.

4. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Sg Sireh, beliau kini telah memiliki emel sendiri yang mana memudahkan beliau dalam urusan pemasaran melalui facebook, instagram serta urusan perniagaan di institusi seperti pembukaan booth di bangunan MARA. Pelanggan beliau kini sudah berkembang sehingga ke Perak dan mereka sudah mengenali produk kecantikan tempatan Malaysia yang selamat dan diasaskan dari bahan semulajadi.  Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Instagram

-       Mempelajari Microsoft Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Instagram

-       Mempelajari Microsoft Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

5. Kemudahan teknologi maklumat yang disediakan oleh PI1M ini memudahkan kami para usahawan untuk mengembangkan pasaran produk kami disamping kemudahan kelas usahawan yang diaturkan oleh petugas PI1M memudahkan lagi proses perniagaan kami.

 

   

       

 

Beliawanis

Cik Nurul Afifah Bt Sidek

21 Tahun ,perempuan

SPM 

1. Saya merupakan seorang beliawanis yang dalam proses untuk mencari pekerjaan dan mula untuk berjinak dalam bidang keusahawanan. Jadi saya menggunakan internet sebagai medium untuk mencari pekerjaan dan mula mencari peluang perniagaan yang dapat membantu kehidupan saya kelak. 

2. Walaupun saya seorang belia yang terdedah kepada teknologi, tetapi masih banyak perkara yang belum saya pelajari. Jika sebelum ini saya mencari pekerjaan dengan hanya melihat iklan didalam akhbar, tapi kini saya menggunakan medium seperti ‘Jobstreet’, Jobsmalaysia’ dan pelbagai lagi laman sesawang berkaitan untuk meluaskan carian saya dalam mencari perkerjaan.

3. Mengajar latihan ICT kepada komuniti dan penduduk setempat dan menyediakan perkhidmatan penggunaan internet ditempat yang selesa. Saya begitu tertarik dengan pelbagai kelas latihan yang disediakan di PI1M dan kerana inilah saya hadir ke sini untuk menghadiri kelas ICT. Seperti saya seorang belia yang masih mencari kerja, mungkin pihak PI1M turut perlu membantu lebih ramai lagi belia seperti saya dengan pendedahan kepada medium secara atas talian untuk mencari kerja. Setakat ini, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang tersedia di PI1M. Diharap PI1M akan diteruskan bagi memberi kemudahan kepada penduduk setempat dan kawasan sekitar. 

    

 
Usahawan Tepung Serbaguna

 Noorlida Bt Ramly
 
45 Tahun, Perempuan
 
 BHP Batu 5 1/2, Kg Sg Gulang-gulang, Tg Karang, Selangor
 
0176478648
 
 
1. Puan Noorlida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang masih mempunyai 2 orang tanggungan, bagi meningkatkan ekonomi keluarga, puan Noorlida berusaha untuk menceburi bidang pembuatan tepung serbaguna Pn Noorlida merupakan individu yang aktif menyertai persatua wanita UMNO. Berdasarkan maklumat yang diberi oleh persatuan Pn Noorlida hadir ke Pi1M Sg Sireh untuk mempelajari pembinaan laman sesawang bagi memasarkan produk beliau secara atas talian.
 
2. Pn Noorlida telah di perkenalkan dengan pembinaan laman sesawang gmbo (Get Malaysian Bussiness Online) yang menawarkan pakej domain termurah bagi memasarkan produk beliau iaitu tepung serbaguna mak da hasil bantuan daripada petugas Pi1M, kini Pn Noorlida telah memiliki laman sesawang sendiri. Kini lebih mudah memasarkan produk kepada semua pengguna tepung serbaguna di serata tempat. Jika dahulu, Puan Noorlida agak sukar memberikan maklumat secara terperinci mengenai produk beliau, kini pn Noorlida hanya perlu memberikan alamat laman sesawang kepada pengguna yang berminat untuk mengetahu tentang lebih lanjut mengenai produk yang ditawarkan.
 
3. Diharapkan dengan penggunaan internet, perniagaan pn Noorlida akan terus berkembang maju dan sekaligus dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan terus keluar dari belenggu kemiskinan.
 
     
 
 

Usahawan Kerepek 

Pn Norazilah Binti Abdul Aziz

43 Tahun, Perempuan,

Sekolah Menengah, Suri Rumah & Usahawan Kerepek

1.Pn Zila menubuhkan perusahaan beliau pada sekitar tahun 2011 selepas beliau mengikuti kursus ‘Memproses Kerepek Ubi & Pisang’ hanya untuk menemani rakan beliau. Ketika di kursus, nama beliau sering disebut oleh penceramah dengan kata-kata semangat untuk beliau mencuba memulakan perniagaan kerepek.

2. Berkat sokongan daripada keluarga, beliau mencuba membuat kerepek pisang di rumah dan memasarkan kepada seorang peniaga kerepek di tanjung karang. Akan tetapi, Pn Zila diuji apabila rumah peniaga tersebut terbakar menyebabkan peniaga itu kerugian dan menghentikan pembelian dengan Pn Zila. Dari situ, Pn Zila memberanikan diri untuk menjual kerepek beliau luar dari tanjung karang sehingga beliau mampu membekalkan kerepek hingga ke Alor Setar, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.

3. Pn Zila telah menerima dana dan bantuan mesin daripada pihak jabatan untuk para usahawan berkat mendapat maklumat dari Pusat Internet 1 Malaysia. Beliau juga rajin menghadiri kursus yang diadakan oleh PI1M yang mana banyak membantu beliau cara-cara menambahbaik dan mengembangkan perniagaan beliau sehingga beliau diberi peruntukan bangunan kedai (KShop) oleh pihak FAMA setelah melihat perkembangan dan kesungguhan beliau dalam memasarkan perniagaan kerepek zila aziz enterprise.

4.Kini, beliau bercadang untuk mengadakan kelas membuat kerepek untuk surirumah yang minat berniaga tetapi kekurangan idea dan kemahiran dalam pembuatan kerepek.

Website:- 

 www.zilaazizenterprise.com/facebook

www.kerepekzilaziz.com.my