Nama Asmah binti Habib
Umur : 51 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Puan Noor Asmah merupakan seorang guru agama JAIS di Sekolah Rendah Agama Sg Tengi Kanan. Beliau juga merupakan seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak perempuan. Beliau mempunyai bakat dalam seni lukisan dan juga aktif dalam bidang pertanian. Bermacam-macam tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang diusahakan oleh beliau. Sejak PKP awal tahun 2020, beliau tidak ke sekolah dan mencari aktiviti baharu yang boleh dilakukan supaya tidak bosan duduk di rumah. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya melukis secara kecil-kecilan dan mengambil tempahan daripada kawan-kawan terdekat sahaja. Petugas PI menyedari bakat itu dan mengambil keputusan untuk membuat video memperkenalkan lukisan cat minyak beliau melalui YouTube. Tanaman pertanian beliau juga hanya di muatnaik di WhatsApp status sahaja dan pembeli juga dalam kalangan kawan dan penduduk setempat. Pendapatan yang beliau perolehi adalah sebanyak RM200 sebulan. 


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas video lukisan dimuatnaik di Youtube, Puan Noor Asmah menjadi lebih dikenali dan orang luar cakna dengan lukisan cat minyak di tempayan. Ramai orang mencari tempayan lama dan menghantar kepada Puan Asmah untuk dicat semula dengan gambar pemandangan yang menarik. Tambahan lagi, apabila sudah dikenali dengan tanaman-tanaman yang dihasilkan oleh Puan Asmah, setiap kali dimuat naik di facebook pasti akan habis sayur dan buah-buahnya dijual. Kini pendapatan beliau meningkat sebanyak RM1000 sebulan.