Nama : Muhamad Amin bin Ibrahim
Umur : 15 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Beliau merupakan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Dato Harun. Beliau merupakan pelajar yang aktif dalam aktiviti disekolah mahupun di luar. Beliau seorang yang pendiam pada awalnya tetapi beliau selalu menunjukkan minat dalam aktivti yang diadakan di Pusat Internet Sungai Sireh. Beliau diberi dorongan ibu dan adiknya dalam bidang atau acara yang beliau ikuti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berminat dalam aktiviti Pusat Internet semenjak mengikuti ibu beliau ke Pusat Internet. Beliau cuba untuk belajar komputer, walaupun beliau tidak mahir menggunakannya. Beliau sebenarnya sangat takut apabila guna komputer kerana takut tersalah setiap kali pegang peralatan komputer. Beliau banyak bertanya petugas dalam keberanian untuk menggunakan komputer dengan sebaik mungkin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan yang beliau hadir di Pusat Internet, banyak perubahan yang telah beliau alami. Kini beliau telah pandai menggunakan komputer dengan baik dan boleh membuat latihan yang diberikan sebaik mungkin. Dengan kegigihan beliau belajar, adik beliau telah mendapat tunjuk ajar daripada beliau. Beliau antara pelajar yang aktif dalam pertandingan yang dianjur kan oleh pihak PIK dan beliau pernah menang dalam pertandingan membuat poster dalam mengikuti kelas disini.