CELIK IT - ABDUL RASHID AZIS (Mempelajari Microsoft word, asas komputer)

Nama :Abdul Rashid bin Azis
Umur : 11
Ahli : 2016


Latar Belakang

Abdul Rashid merupakan ahli baru Pi dan pertama kali menjejak kaki ke Pi ini. Setelah beliau mengetahui berkenaan Pi menyediakan kelas belajar komputer secara percuma, beliau terus berjumpa petugas dan menyuarakan hasrat untuk belajar dari asas komputer sehingga penyuntingan video dan gambar. Beliau juga seorang pelajar yang aktif hadir ke kelas dan banyak bertanya jika beliau terlepas pelajaran komputer ini.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau tidak pernah menggunakan komputer dan pertama kali memasuki kelas, beliau tidak langsung tahu cara menggunakan tetikus. Petugas telah memberi latihan tetikus dan beliau mengambil masa sehari untuk membiasakan penggunaan tetikus. Beliau juga merupakan pelajar yang lemah dalam beberapa subjek kerana beliau tidak terdedah dengan maklumat semasa yang ada di internet terutamanya pembelajaran MyTutor dan Oh My English.

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas komputer ini, beliau sudah pandai membuat biodata diri dengan menggunakan Microsoft Power Point dengan animasi yang menarik dan kreatif. Beliau juga sudah mahir dalam menaip dan menggunakan tetikus, Selain itu, beliau memberitahu bahawa beliau mendapat A dalam beberapa subjek yang sebelum ini ,mendapat markah C. Ini kerana beliau sering mengikuti kelas E-tutor dan English yang sering diadakan oleh petugas sebagai latihan persediaan UPSR. Beliau juga menggunakan kemudahan ingternet dalam mencari maklumat dengan menggunakan kaedah pencarian yang berkesan hasil pembelajaran di Pi ini. 

 

 
Kisah Kejayaan - SITI ANIZA AMAN( Usahawan Tempe)

Nama : Siti Aniza binti Aman
Umur : 37
Ahli : 2013


Latar Belakang

Puan Aniza hanya membuat tempe sebagai pemakanan seharian keluarga beliau sahaja. Akan tetapi terdapat jiran yang suka akan tempe buatan beliau dan menggalakkan beliau untuk beliau untuk menjual tempe tersebut sebagai sumber pendapatan. Walaubagaimanapun, beliau tidak mempunyai apa-apa asas perniagaan dan beliau tidak tahu bagaimana cara untuk memperkenalkan produk beliau.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20- RM40 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah kurang 40 unit yang terjual.  


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawan yang dibimbang oleh Pusat Internet Sg Sireh, Puan Aniza baru menyedari bahawa banyak perkara yang beliau perlu pelajari dan mungkin beliau boleh kerugian jika tidak merancang perniagaan dengan betul. Beliau juga sedang mempelajari cara menaip dan menggunakan Microsoft  Word dan Excel supaya beliau lancar untuk menulis surat kepada badan-badan keusawahanan dan menganalisa data keuntungan dan kerugian beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat ke RM100-RM400 sebulan bermula awal mei dan jun 2016 ini. 

 

 

Kisah Kejayaan - TOMIRAH PANOT (Jamu Tradisional Melayu)

Nama : Tomirah binti Panot
Umur : 63
Ahli : 2014


Latar Belakang

Puan Tomirah memulakan perniagaan jamu secara manual dan kecil-kecilan di rumah sahaja. Wak Tom tidak mempunyai pengetahuan berkenaan kaedah promosi yang baik dan teknik-teknik pemasaran yang berkesan serta cabang perbadanan yang boleh membantu beliau untuk mengembangkan perniagaan beliau.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM400 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan adalah kurang 50 orang. 


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yag dibimbing oleh Pusat Internet Sg Sireh, beliau kini telah memiliki emel sendiri yang mana memudahkan beliau dalam urusan pemasaran melalui facebook, instagram serta urusan perniagaan di institusi seperti pembukaan booth dibangunan MARA. Pelanggan beliau kini sudah berkembang sehingga ke Perak dan mereka sudah mengenali produk kecantikan tempatan Malaysia yang selamat dan diasaskan dari bahan semulajadi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-RM2000.

 

CELIK IT - MOHD NAZRIN ABDULLAH (Mempelajari Microsoft Office, asas komputer)

Nama : Mohd Nazrin bin Abdullah
Umur : 11
Ahli : 2016


Latar Belakang

Pelajar ini datang ke Pi Sg Sireh pada mulanya hanyalah sekadar menemani rakannya sahaja. Pernah beberapa kali petugas bertanya bertanya samada beliau ingin menggunakan pc atau tidak kerana beliau hanya akan duduk disebelah rakannya sahaja. Petugas juga pernah melihat beliau tidak berap arif dalam menggunakan komputer apabila rakannya meminta beliau menaip di carian google, dari situ petugas menyedari bahawa beliau tiada asas komputer.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau tidak pernah berpeluang menggunakan laptop atau komputer kerana beliau bukanlah datang dari keluarga yang berada. Malah, beliau teramat kekok menggunakan papan kekunci apabila petugas meminta beliau menaip di Microsoft Word. Selain itu, sikap pendiam beliau menjadikan beliau sukar untuk berkomunikasi dengan baik.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui sesi kelas pertama iaitu 'ice breaking' beliau mula menunjukkan perubahan yang positif dengan bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Beliau juga sangat berminat terhadap seni grafik seperti animasi dan karakter kartun dan berusaha untuk mendalami ilmu Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Di antara pelajar yang lain, petugas mendapati beliau merupakan seorang pelajar yang kreatif dan lebih bijak mengolah idea dalam pembuatan poster atau grafik apabila di dalam sesi latihan. Beliau juga menjadi peserta didalam pertandingan poster atau grafik apabila didalam sesi latihan. Beliau juga menjadi peserta didalam pertandingan poster kesihatan dan poster dakwah digital serta video mykif anjuran skmm. Beliau juga akan menyertai apa sahaja kelas yang diadakan di Pi Sg Sireh dan kini beliau lebih mahir menggunakan fungsi-fungsi yang ada di dalam komputer berbanding rakan-rakannya yang lain.

 


Kisah Kejayaan - IMARIZA MASLAN (Usahawan Kerepek Pisang Tanduk)

Nama : Imariza binti Maslan
Umur : 36
Ahli : 2012


Latar Belakang

Kerjaya Puan Imariza bermula daripada penglibatan beliau ke kelas keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet Sungai Sireh kira-kita 2 tahun yang lepas. Pada awalnya, beliau menyertai kelas tersebut bersama usahawan yang lain hanyalah untuk menimba ilmu disamping melihat perkembangan semasa usahawan di kampungnya. Setelah mendengar pengalaman dan kejayaan usahawan di kampungnya, beliau merasa tertarik untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan dengan menjadikan pisang dan ubi sebagai bahan utama perniaagaannya.

 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau mempunyai asas komputer seperti Microsoft Office tetapi beliau kekurangan ilmu dari segi cara pemasaran yang berkesan dan teknik-teknik promosi produk yang boleh menarik minat pelanggan. Beliau juga kekurangan modal untuk melakukan perniagaan secara besar-besaran, oleh itu beliau bercadang untuk melakukan perniagaan dengan mempromosikan produk beliau melalui online tetapi tidak mempunyai pengetahuan untuk mengadakan promosi secara online tersebut.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah hampir setahun menyertai aktiviti kelas keusahawanan di PI, beliau berjaya mencapai pendapatan hampir rm1500 setiap bulan serta mendapat pelanggan tetap yang akan menempah produk kepada beliau setiap bulan. Beliau juga telah menjalani kelas komputer yang lebih teliti dan mendalam terutamanya penggunaan Microsoft Excel bagi memudahkan beliau mengira akaun untung dan rugi perniagaannya. Disamping itu, beliau dapat belajar risiko dalam perniagaan dan pengalaman dari usahawan yang datang ke kelas keusahawanan di PI dan beliau dapat memperbaiki kekurangan produk dan teknik promosi beliau.

 


Kisah Kejayaan - NORAZILAH ABDUL AZIZ (Usahawan Kerepek dan hasil pertanian)

Nama : Norazilah binti Abdul Aziz
Umur : 44
Ahli : 2014


Latar Belakang

Pn Zila menubuhkan perusahaan beliau pada sekitar tahun 2011 selepas beliau mengikuti kursus ‘Memproses Kerepek Ubi & Pisang’ hanya untuk menemani rakan beliau. Ketika di kursus, nama beliau sering disebut oleh penceramah dengan kata-kata semangat untuk beliau mencuba memulakan perniagaan kerepek. Berkat sokongan daripada keluarga, beliau mencuba membuat kerepek pisang di rumah dan memasarkan kepada seorang peniaga kerepek di Tanjung Karang. Akan tetapi, Pn Zila diuji apabila rumah peniaga tersebut terbakar menyebabkan peniaga itu kerugian dan menghentikan pembelian dengan Pn Zila. Dari situ, Pn Zila memberanikan diri untuk menjual kerepek beliau luar dari Tanjung Karang sehingga beliau mampu membekalkan kerepek hingga ke Alor Setar, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Zila mengalami kesukaran untuk membuat kertas kerja bagi mendapatkan dana dan sokongan daripada pihak FAMA dan Amanah Ikhtiar kerana beliau tidak pandai menggunakan komputer. Beliau juga tidak mempunyai email sendiri untuk membantu beliau mempromosikan produk beliau di laman sosial.

 

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sg Sireh, beliau kini telah memiliki emel sendiri yang mana memudahkan beliau dalam urusan pemasaran melalui facebook, instagram dan urusan perniagaan serta beliau mendapat peruntukan bangunan kedai (K-Shop) oleh pihak fama dan Koperasi Pembangunan Usahawan Kuala Selangor (KOPEM) hasil keupayaan beliau dalam membuat kertas kerja.