CELIK IT- MAIMUNAH HJ KARIM (Mempelajari Asas Komputer)

Nama : Maimunah binti Hj Karim
Umur : 66
Ahli : 2013


Latar Belakang

Puan Maimunah atau dikenali sebagai Mak Munah merupakan salah seorang warga emas yang berkeinginan untuk belajar komputer meskipun umur sudah meningkat tua. Mak Munah mengikuti kelas di PI Sungai Sireh pada setiap 2 kali dalam sebulan.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada awalnya, Wak Munah hanya mengikuti program riadah dan santai seperti anyaman, membuat batik dan mengubah bunga yang sering diadakan oleh pihak homestay di sebelah Pi Sungai Sireh dan dari situ beliau memerhati gerageri anak-anak muda yang sering mengikuti kelas anjuran Pi Sungai Sireh lalu membuat beliau tertnya-tanya apa kelainan Pi Sg Sireh berbanding Cyber Cafe. Dari situ, beliau mula berkenalan dengan petugas Pi dan petugas memberi srba sedikit penerangan tentang peranan Pi kepada masyarakat setempat dan ini menarik minat beliau untuk belajar asas komputer meskipun pada beliau umur agak lewat untuk belajar.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Mengajar Wak Munah merupakan pengalamn yang agak sukar kerana Wak Munah mengalami masalah ingatan kerana beliau sering lupa setiap pelajaran yang telah diajarkan kepada beliau. Tetapi semangat Wak Munah yang tetap ingin mengetahui asas komputer membuatkan petugas tidak putus asa dan berusaha menjadikan Wak Munah seorang warga emas yang mempunyai pengetahuan dalam komputer.

 

 Kisah Kejayaan - PUAN LATIFAH MOHAMAD (Jamu Tradisional Melayu)

Nama : Latifah binti Mohamad
Umur : 55
Ahli : 2016


Latar Belakang

Puan Latifah memulakan karier sebagai tukang urut tradisional di kampungnya bermula sejak berumur 30an lagi. Penglibatan beliau dalam urutan tradisional ini bukanlah diwarisi oleh nenek moyang tetapi sifat ingin tahu dan belajar tentang urutan tradisionak membuatkan beliau menuntut ilmu urutan ini dengan seorang jiran ketika beliau tinggal di Sabak Bernam yang dipanggil mak Enon. Di situlah beliau mengenali urat-urat dalaman yang perlu diambil berat jika berlaku sebarang permasalahan dalaman seseorang.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Latifah mengakui bahawa beliau tudak tahu menahu perihal penggunaan komputer tambahan pula beliau tiada kemudahan komputer atau laptop dirumah. Sebelum ini, hasil perkhidmatan beliau sebagai tukang urut disebarkan melalui jiran tetangga atau kenalan yang pernah menggunakan perkidmatan beliau tentang adanya kemudahan pusat internet yang boleh membantu orang kampung untuk belajar komputer secara percuma, Puan Latifah tidak melepaskan peluang tersebut dan mula menglibatkan diri ke kelas yang diadakan di Pi Sg Sireh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah beberapa sesi latihan yang diajar dikelas komputer, Puan Latifah kini menggunakan kaedah online untuk mempromosikan perkihmatan urutan tradisional dan jamu beliau. Beliau juga sedang meningkatkan keupanyaan dalam menaip serta mengingati langkah-langkah yang diajarkan oleh petugas untuk menggunakan laman sosial. Kini Puan Latifah aktif menggunakan aplikasi dashboard untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan baliau.

 

Kisah Kejayaan - RUBIAH SAMURI (Rempeyek Ruby)

Nama :Rubiah binti Samuri
Umur : 39
Ahli : 2013


Latar Belakang

Puan Rubiah merupakan seorang ahli Pi Sg Sireh yang aktif mengikuti kelas dan aktiviti yang diadakan di Pi Sg Sireh ini. Beliau juga menjadi tinggak untama dalam menghebahkan maklumat atau informasi yang berkaitan pi kepada penduduk setempat. Puan Rubiah juga merupakan pelajar yang rajin bertanya ketika sesi pembelajaran samada berkaitan komputer atau keusahawanan.

 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada peringkat awal, beliau datang ke kelas komputer sekadar mahu belajar asas Microsoft Office dan menambahkan pengetahuan berkenaan IT. Namun, beliau tidak menyangka bahawa di kelas keusahawanan di Pi Sg Sireh, beliau dapat mengembangkan sedikit sebanyak perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan sendiri melalui teknik promosi dan laman yang sesuai untuk membantu memperkenalkan produk beliau disamping memperkasakan ilmu berkaitan IT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Berkat menimba ilmu di Pi Sg Sireh terutamanya dalam bidang keusahawanan Puan Rubiah dapat memasarkan produk beliau bukan sahaja di Kg Ampangan malah di luar Tanjung Karang seperti Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Beliau juga mendapat ilmu tentang cara menghasilkan kertas kerja yang berkesan terutamanya untuk mendapatkan bantuan dana dari TEKUN atau agensi-agensi lain. Beliau juga dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dengan usahawan lain yang juga mengikuti kelas di Pi ini. Puan Rubiah juga sudah mahir dalam Microsoft Office dan petugas tiada masalah untuk mengajar beliau lagi. Kini petugas sedang memantapkan pengetahuan Puan Rubiah dalam penghasilan logo produk beliau menerusi software Adabe Illustrator dan Adobe Photoshop.