Nama : Rosnani binti Ismin
Umur : 40 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Rosnani binti Ismin merupakan seorang usahawan kecil-kecilan di Kampung Sungai Burong. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2019 sehingga kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum memulakan perniagaan beliau merupakan surirumah sepenuh masa sementara suami beliau bekerja. Beliau tidak pernah bekerja apatah lagi mengikuti mana-mana aktiviti di kampung. Beliau mula mengenali PEDi setelah kawan baik beliau mengajak mengikuti kelas usahawan yang dianjurkan di PEDi Sungai Sireh. Beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini.

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Beliau tidak bekerja menyebabakan beliau sering kebosanan dirumah dan beliau mengambil kesempatan untuk mengikuti kelas di PEDi. Beliau juga mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi bagi meningkatkan kefahaman selok belok dalam bidang perniagaan. Produk beliau kini sangat popular di kampung halaman dengan jualan produk makanan boleh dibeli dari semua peringkat umur. Jualan beliau meningkat selepas mengikuti kelas di PEDi.