Nama : Siti Nurul Amira binti Ismail
Umur : 30 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Beliau menjalankan perniagaan kosmetik dari pelbagai jenama. Iman adalah nama panggilan yang senang disebut dikalangan rakan-rakan beliau. Siti Nurul Amirah binti Ismail merupakan nama beliau yang jarang sekali digunakan. Beliau seorang yang peramah dan senang didekati oleh sesiapa sahaja. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dana mempunyai 4 orang cahaya mata. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2017 hanya di rumah sahaja.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500sebulan sahaja. Jumlah pelanggan amat sedikit ketika itu membuatkan beliau ingin mencari pendapatan tambahan untuk keluarga. Beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus usahawan sebelum ini. Beliau ingin membelajari lebih dalam mengenai bidang keusahawanan di PEDi dengan lebih dekat lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hadir mengikuti kelas di PEDi dalam memantapkan lagi kemahiran beliau didalam bidang komputer sekaligus boleh mempelajari teknik-teknik mempromosi produk beliau di sosial seperti di facebook, shopee dan tiktok shop. Beliau mempelajari selok belok perniagaan bagi menambah pendapatan beliau yang kini meningkat sebanyak RM1000 sebulan.