MEMPELAJARI DASHBOARD KOMUNITI, MICROSOFT WORD, EXCEL, POWER POINT

Nama : Farah Firzana binti Mohd Asri
Umur : 22
Ahli : 2010


Latar Belakang

Beliau merupakan seorang pelajar lepasan SPM dari Sekolah Menengah Dato Harun, Tanjung Karang, Selangor. Beliau adalah pelajar yang aktif dalam mengikuti kelas di Pi Sungai Sireh.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau tidak pernah menggunakan komputer dan kali pertama memasuki kelas, beliau tidak tahu langsung cara menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah. Petugas membantu beliau dalam menggunkan komputer dengan betul dan mudah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau tidak pernah putus asa dalam membuat latihan dan mengikuti kelas di Pusat Internet Sg Sireh.Ini membolehkan beliau menggunakan Microsoft word, excel tanpa pemantauan petugas. Beliau juga menggunakan kemudahan internet dalam mencari maklumat dengan menggunakan kaedah pencarian yang berkesan hasil pembelajaran di Pi Sg Sireh ini.