USAHAWAN KEK DAN BISKUT

Nama : Siti Wahidah binti Mohd Nazim
Umur : 27
Ahli : 2010

 

Latar Belakang

Mula membuat aneka kek dan biskut sekitar tahun 2017, beliau berminat dalam ilmu membuat kek dan biskut dengan mengikuti kelas pastry di Shah Alam. Kini beliau membuat kek sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sebulan sahaja. Jumlah pelanggan amat sedikit ketika ini. Beliau berhasrat untuk mengubah kehidupan beliau dengan apa cara sekalipun bagi menambah pendapatan keluarga.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kelas Asas Komputer adalah kelas pertama beliau dalam memantapkan lagi kemahiran beliau dalam bidang komputer. Beliau seorang yang banyak bertanya mengenai komputer dan latihan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau mempelajari cara menaip di Microsoft word dan membuat kertas kerja. Beliau mula belajar mempromosikan produk beliau dilaman social, disitu bermulalah perniagaan beliau mendapat tempat dihati pelanggan. Kini pendapatan beliau telah meningkat sebanyak rm1000 sebulan.