USAHAWAN SERVIS PELAMIN

Nama : Amira Fadzila binti Abu Bakar
Umur : 24
Ahli : 2009

 

Latar Belakang

Puan Amira telah mengusahakan servis dekorasi pelamin semenjak tahun 2018 bersama-sama suami beliau. Pelamin beliau banyak mendapat pujian daripada penyewa yang menyewa pelamin beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan sebelum mengikuti kelas dan latihan usahawan yang disediakan di Pusat Internet Sungai Sireh.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang diikuti beliau di Pusat Internet dengan bantuan petugas, beliau dapat mempelajari teknik mempromosikan produk beliau di laman social. Setelah beliau mengikuti kelas usahawan dan mempromosikan produk beliau di fb, myshop, kini pendapatan beliau meningkat sebanyak RM1000-RM2000 sebulan.