USAHAWAN BUNGA SABUN

Nama : Haryati binti Samsuddin
Umur : 33
Ahli : 2018


Latar Belakang

Puan Hayati binti Shamsuddin berumur 33 tahun dan sudah berkahwin. Sebelum beliau berkecimpung dalam dunia usahawan ini. Beliau hanyalah seorang surirumah yang membantu suaminya berkebun. Suaminya seorang OKU cacat penglihatan dan mereka mempunyai 5 orang anak dan seorang anak kurang upaya. Beliau juga pernah menjual kerepek peria untuk menambah pendapatan keluarga.

Beliau menghadiri Program Hari Terbuka Pusat Internet Sg Sireh pada 11 Mac 2019 dan berkenalan dengan Persatuan Wanita Berdaya yang dijemput oleh pusat internet. Dari situ bermulalah beliau mengikuti segala program yang dianjurkan oleh PWB Dun Sungai Burong. Antara kelas yang dihadiri oleh Puan Hayati ialah membuat bunga sabun. Selepas itu, beliau giat membuat bunga sabun sehinggakan beliau mahir dan dipanggil menjadi tenaga pengajar untuk gubahan bunga sabun.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil jualan Puan Hayati sebulan dianggarkan mendapat RM500 sebulan. Pelanggan beliau juga hanya tertumpu kepada akan-akan dengan mengiklankan hasil gubahan beliau melalui WhatsApp group PWB dan Whatsapp status. Hanya rakan-rakan disekeliling sahaja yang mengetahui peniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas hadir ke Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Sg Sireh, Puan Hayati kerap hadir ke Pusat Internet untuk belajar cara menggunakan komputer untuk menghasilkan kertas kerja, resume dan membuat akaun laman sosial untuk mengembangkan lagi pasaran hasil gubahan beliau. Kini, hasil pendapatan beliau mencecah RM2,000 sebulan. Beliau memasarkan produk melalui booth jualan bukan hanya di Dun Sungai Burong tetapi sehinggakan di SUK Shah Alam. Tambahan lagi, beliau bijak merebut peluang dengan menghasilkan gubahan untuk bunga konvokesyen, cenderahati, bunga telur dan gubahan bunga jambak.