Nama : M. Haris Ikhwan bin Hashim
Umur :10
Ahli : 2018


Latar Belakang

Ikhwan merupakan seorang pelajar tahun 4 di SK Seri Gambut. Kerap hadir ke Pusat internet jika ada masa terluang dan menghadiri kelas yang dianjurkan oleh pusat internet terutamanya pada hujung minggu.Ibu Ikhwan juga memberi kan sokongan dengan menghantar Ikhwan ke Pusat Internet.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ikhwan hanya datang menemani kawan-kawan sahaja di Pusat internet. Beliau menunjukkan minat untuk belajar ICT melihat ramai kawan yang hadi ke kelas dan terus membuat keputusan untuk menjadi ahli di Pusat Internet dan menghadiri kelas secarra percuma. Disebabkan baru memulakan kelas ICT, beliau agak lambat untuk menggunakan komputer, menekan papan kekunci,  dan menggunakan aplikasi yang ada. Petugas memulakan kelas dengan mengajar Microsoft Word untuk belajar menaip.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beberapa kali menghadiri kelas komputer, beliau sudah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Beliau boleh mengendalikan sesuatu tugasan tanpa pemantauan yang kerap. Beliau juga menggunakan kemudahan  internet untuk mencari maklumat dan melayari laman web youtube.