Nama : Rasidah binti Mohd Subhi
Umur : 29
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Puan Rashidah berumur 29 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Beliau merupakan lulusan Diploma Seni Kulinari. Dengan kelebihan yang ada, selepas graduasi beliau mengambil langkah berani untuk menjadi usahawan dalam bidang makanan pastry, bakery dan roti canai frozen.Beliau juga sering menghadiri kursus-kursus yang dijalankan oleh KEMAS untuk memantapkan lagi ilmu dan kemahiran yang beliau ada dalam bidang masakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Rashidah hanya menggunakan Facebook sebagai medium untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Anggaran hasil pendapatan beliau hanyalah RM800.00 sebulan dengan menggunakan facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas hadir ke Kursus Usahawan Rintis yang dijalankan di Pusat Internet Sungai Sireh, Puan Rashidah mendapat banyak ilmu baru yang boleh digunapakai untuk meningkatkan hasil jualannya melalui platform WhatsApp dan Facebook khususnya. Beliau terkejut dengan peningkatan jualan melalui WhatsApp dan teknik yang digunakan dengan menyimpan nombor kenalan-kenalan baharu dan meminta mereka untuk menyimpan juga nombor beliau, akhirnya teknik ini berkesan. Apabila ramai yang melihat whatsApp status beliau, makin banyak permintaan tempahan makanan yang dijual.Beliau juga sudah mempunyai pengedar-pengedar sekitar Lembah Klang kerana permintaan terlalu banyak daripada kawasan sana

 

.