Nama : Nur Ashikin binti Aziz
Umur : 29
Ahli : 2019


Latar belakang

Puan Ashikin merupakan seorang surirumah dan aktif menjalankan perniagaan dari rumah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ashikin hanya menggunakan Facebook sebagai medium untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Anggaran hasil pendapatan beliau hanyalah RM500.00 sebulan dengan menggunakan facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas hadir ke Kursus Usahawan Rintis yang dijalankan di Pusat Internet Sungai Sireh, Puan Ashikin mendapat banyak ilmu baru yang boleh digunapakai untuk meningkatkan hasil jualannya melalui platform WhatsApp dan Facebook khususnya. Beliau terkejut dengan peningkatan jualan melalui WhatsApp dan teknik yang digunakan dengan menyimpan nombor kenalan-kenalan baharu dan meminta mereka untuk menyimpan juga nombor beliau, akhirnya teknik ini berkesan. Apabila ramai yang melihat whatsApp status beliau, makin banyak permintaan tempahan makanan yang dijual. Beliau juga kerap mempromosikan kek beliau dalam group-group WhatsApps.