Nama : Siti Salbiah binti Juhan
Umur : 34
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Salbiah dan suaminya menjalankan perniagaan kad kahwin di atas nama Detik Bahagia Enterprise. Selain menjalankan perniagaan pencetakan kad kahwin, mereka juga mengambil tempahan untuk mereka bentuk banting, banner dan poster secara softcopy.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Salbiah merupakan seorang graduan dalam bidang multimedia jadi tidak susah untuk menggunakan komputer. Tetapi setiap pereka grafik mempunyai masalah, apa bila sudah lama membuat reka bentuk grafik, pasti akan ketandusan idea.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pusat Internet Sg Sireh membuat kelas reka bentuk asas grafik kepada penduduk kampung di sekitarnya. Puan Salbiah mengambil kesempatan untuk menghadiri dan menyertai kelas yang dianjurkan kerana beliau merasakan perlu untuk refresh idea yang baru.