#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang

MUAT TURUN APLIKASI MYTRACE

Bagi pengguna telefon bimbit jenis Android anda boleh muat turun aplikasi MyTrace di Google PlayStore [https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mytrace]

Bagi pengguna iOS pula, anda boleh memuat turun aplikasi MyTrace dalam tempoh terdekat setelah ianya tersedia di App Store.

MyTrace adalah sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Aplikasi MyTrace menggunakan teknologi `Bluetooth' di mana ia membolehkan telefon bimbit pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Sekiranya pengguna disahkan positif COVID-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace.

MyTrace mengumpul maklumat nombor telefon yang telah dirahsiakan (anonymized) dan TIDAK mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai MyTrace dan bantuan teknikal, emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MyTrace dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi tempatan.

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Ayuh mengurus maklumat COVID-19 dengan bijak! Sebarkan maklumat sahih dan elakkan maklumat palsu.Sertai Pertandingan Video Pendek dan Poster anjuran Video Innovation Club, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekarang.Kongsikan idea menarik anda kepada kami mengenai cara pengurusan maklumat COVID-19 secara bijak di media sosial.Penyertaan adalah percuma!Hadiah menarik menanti anda.
Tarikh tutup penyertaan: 31 MEI 2020.Klik pautan Facebook di bawah untuk maklumat lanjut: https://www.facebook.com/PertandinganVideoInovas
i
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#COVID19
#PerintahKawalahPergerakan

Gunakan pembayaran secara elektronik seperti e-Dompet dan kad tanpa sentuhan di mana-mana pun anda berada. Lebih mudah, cepat dan selamat.

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang

Apa khabar anak anak anda di rumah?Anak anak biasanya tidak tahu untuk mengungkapkan rasa stress dan bimbang, oleh itu mereka akan menzahirkan emosi tersebut dalam bentuk perubahan tingkahlaku.Wabak covid 19 mampu memberi kesan mental kepada semua, tidak terkecuali kanak kanak.
.
Bagi mencegah implikasi mental kepada anak anak
 Beritahu dengan jujur mengenai situasi Covid-19
 Jangan takutkan atau mengertak mereka secara keterlaluan
 Beritahu kepada mereka yang mereka SELAMAT di rumah
 Cuba minta mereka kongsi perasaan mereka. Berbual dan bercakap setiap hari
 Elakkan mendedahkan terlalu banyak berita mengenai Covid kepada mereka. Mereka mungkin melakukan interpretasi yang tidak tepat
 Rancang aktiviti setiap hari
 Tunjukkan contoh yang baikSemoga anda dan keluarga sihat dan berada dalam keadaan baik