Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar dan sangat luar biasa. Satu tahun sangat unik yang belum pernah kita lalui selama ini.Namun, hidup perlu diteruskan. Kita TIDAK mampu untuk berkurung di rumah untuk tempoh lama. Ekonomi perlu digerakkan, kehidupan sosial perlu di sambung termasuk untuk bekerja dan bersekolah.Masyarakat perlu bersedia dan menerima hakikat bahawa pandemik Covid-19 akan terus berlegar untuk tempoh 2 tahun, sehingga vaksin dan rawatan khusus di temui.
Dalam tempoh ini, 3 amalan ini perlu dijadikan rutin. Seperti mana rutin anda makan, minum dan tidur setiap hari.
1. Mempraktikkan amalan kebersihan diri dan tangan, iaitu kerap membasuh tangan dengan betul dengan air dan sabun, atau dengan hand sanitizer.
2. Menggunakan topeng muka.
3. Mengamalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya menjaga jarak di antara kita satu meter daripada satu orang dengan orang yang lain.
3 Perkara ini pula perlu kita elakkan
● Elakkan berada di Kawasan yang sesak atau ramai orang (crowded area)
● Elakkan berada di dalam Kawasan yang tertutup (confine space)
● Elakkan bercakap pada jarak yang dekat (kurang dari satu meter) (close conversation).
Pesanan penting untuk bulan ramadhan dan syawal ini;
● Amatlah penting untuk kita tidak balik ke kampung untuk menyambut sebarang keramaian atau untuk berhari raya.
● Sayangilah warga emas, mereka berisiko tinggi sekiranya terdedah kepada covid-19.
● Jangan adakan rumah terbuka ketika hari raya tahun ini
● Jangan keluar rumah sekiranya tiada keperluan.
Kita mesti jaga kita.
Kita mesti jaga keluarga kita.
Kita mesti jaga masyarakat kita,
Kita mesti jaga negara kita.
Kita lah barisan hadapan yang sebenar.
Kredit: AP Dr Farizah Bt Mohd Hairi, Dr Zaki Hilmi
Infografik oleh PHM
PLUS Malaysia
PLUS jangka lebih 300,000 kenderaan akan bergerak sepanjang tempoh empat hari #GerakMalaysia. Pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi SOP keselamatan di kawasan R&R - @plustrafik
#COVID19
#GerakMalaysia
#GerakMalaysiagovmy
#MCMC
#PDRM
#PerintahKawalanPergerakanBersyarat
#PerjalananAntaraNegeri
PEMAKLUMAN BERITA PALSUTAK PASTI JANGAN KONGSI!Dapatkan info yang sahih di Telegram Rasmi MKN https://t.me/MKNRasmi
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Jabatan Perdana Menteri
KLUSTER PENGAWAL KESELAMATAN CHERAS
Satu kluster yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur telah dikesan.
10 kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan sembilan (9) warganegara Nepal dan seorang warganegara Malaysia.
Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama di Cheras.
Berhati hati semua, covid masih ada diluar sana
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Jabatan Perdana Menteri
Kesemua premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan jika tidak kebenaran operasi tersebut akan ditarik semula dan premis perniagaan akan ditutup.
Adalah diingatkan agar semua langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 seperti yang disarankan KKM telah dilaksanakan sebelum aktiviti perniagaan dijalankan.
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Jabatan Perdana Menteri