Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 Klinik Desa Sungai Sireh 

   

Matlamat
-   Mewujudkan sebuah kampung yang kelihatan indah, bersih dan dapat menghindari daripada pelbagai penyakit. "Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati".

Tujuan 
-   Memupuk semangat bergotong-royong dalam membersihkan kawasam kampung.
-   Memberi kesedaran kepada penduduk tentang kebersihan adalah amat penting dalam menjaga kesihatan.
-   Mempertingkatkan lagi kebersihan kampung.

Aktiviti
-   Menganjurkan program pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor.
-   Penduduk kampung menanam pokok ulam dan sayuran bagi menghiasi kawasan sekeliling rumah.
-   JKKK mengadakan projek keindahan dan kebersihan kampung dengan mengadakan gotong-royong secara berkala. 

Klinik Desa Sungai Sireh
Fungsi
-   Memeriksa kesihatan ibu hamil.
-   Memeriksa kesihatan kanak-kanak.
-   Memberi kaedah perancangan keluarga.
-   Membuat lawatan ke rumah ibu lepas bersalin.
-   Mengadakan pelbagai program yang berkaitan kesihatan, contohnya penyakit H1N1.

Jadual pemeriksaan kesihatan
-   Hari Isnin - Klinik untuk Ibu Hamil.
-   Hari Rabu - Klinik untuk Kanak-kanak.
-   Hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat - Melawat dan menjalankan aktiviti ke rumah ibu lepas bersalin.
                           

Klinik Desa Sungai Sireh
Lorong 7 Parit 1 Sungai Sireh
45500 Tanjung Karang, Selangor
 
Waktu Operasi  8.00 pg - 5.00 ptg 

No. Tel : 03-32613086