Pelbagai jenis kerepek yang dipasarkan oleh Kerepek Zila Aziz seperti kerepek pisang, kerepek sukun, kerepek ubi dan kuih sepit. Produk yang telah dipasar sehingga ke negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

        

         

Leko Maju Selamat Enterprise adalah sebuah perusahaan Bumiputera yang menjalankan aktiviti pemprosesan dan pembekal keropok losong di Tanjung Karang, Selangor. Ia ditubuhkan pada tahun 2000 oleh usahawan bumiputera, En. Mohd Rosli dan isterinya Pn. Norull Hayana. Perniagaan ini terletak di alamat Batu 6, Jalan Bernam, 45500 Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Produk yang dihasilkan terdiri daripada keropok losong dan sos aneka guna.

Inspirasi untuk memulakan perniagaan adalah disebabkan hidup menganggur. Pn. Norull Hayana kemudian teringat akan arwah ayahnya yang membuat keropok sebagai pekerjaan turun-temurun kelurga. Setelah itu, mereka telah memutuskan untuk memulakan perniagaan keropok losong. Memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM2000, mereka membuka perniagaan keropok losong di Pasar Nelayan, Tanjung Karang selama 10 tahun. Selepas itu, mereka memutuskan untuk membuka kedai mereka sendiri di Batu 6, Tanjung Karang yang telah beroperasi sejak tahun 2010 yang lalu sehingga sekarang.

 

 

 

 

Puan Kiah adalah pengusaha Kerepek Kunyah-kunyah di kawasan Tanjung Karang. Perniagaan Puan Kiah bermula semenjak tahun 1990 bersama suami. Kedai Kerepek Kunyah-kunyah dibuka seperti biasa bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang.