Restoran dan Cafe kami berkonsepkan kontena menyediakan masakan tempatan, western dan seafood.. Chili Crab signature dish yg kalian harus cuba.. selamat menjamu selera.

  

Jenis Perniagaan : Makanan

Nama Pengusaha : Bumiputra

Alamat : Lorong Melati, Jalan Bomb, 45500 Tanjung Karang, Selangor

Penerangan : Melati Steak Cafe diusahakan oleh pasangan suami isteri, yang kini dibuka dari jam 5 petang hingga 12.00 malam. 

   

Kedai roti dan kek Mishi terletak di No 7,Lorong Bahagia 2, 45500 Tanjung Karang, Selangor. Kedai ini menerima tempahan kek pengantin, hantaran, majlis hari lahir, etc dengan harga yang sangat-sangat murah. Menerima tempahan pelbagai jenis bahulu, aneka roti bun, mini piza, rempeyek, kerepek dan lain-lain dengan harga borong

 

 

   

D'Bendang Homestay dilengkapi dengan 3 blk tidur (aircond), ruang tamu dan rehat yang luas, perkakasan dapur yang lengkap serta pakej lain yang menarik. Terletak di Jalan Tali Air 1 Ban 3 Sungai Burung, 45500 Tanjung Karang, Selangor. Homestay ini boleh memuatkan seramai 20 hingga 30 orang dalam satu-satu masa.

 

 

Nama penuh Mira Fadzlina binti Abu Bakar adalah pengasas Merah Hati Art. Beliau merupakan anak ke 3 daripada 4 adik beradik. Beliau adalah seorang anak muda yang tinggal di sebuah kampung bersama ibubapanya. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Beliau meminati bidang ini semenjak tahun 2017 lagi. Beliau mengusahakan pelamin bersama suami tersayang.

Merah Hati Art menyediakan pelbagai jenis pelamin samada pelamin untuk perkahwinan, akad nikah, aqiqah dan mengikuti kesesuaian majlis. Pelamin beliau telah di tempah oleh rakan-rakan disekitar kawasan beliau tinggal sehingga ke Lembah Klang.