Masa : 3ptg-5ptg Lokasi : PEDi Sungai Sireh Peserta :- Pelajar sekolah |
Tujuan
Resume perlu untuk temuduga kerja dimana-mana syarikat yang kita mohon. Pelajar diberi peluang untuk membuat resume menggunakan word secara ringkas.
Aktiviti
Pelajar membuat resume berpandukan contoh di dalam buku latihan yang diberi petugas. Pelajar membuat penambahan seperti nama, alamat, nombor telefon dan lain-lain.
Masa : 10pg-12tghri Lokasi : PEDi Sungai Sireh Peserta :- Pelajar sekolah |
Tujuan
Kelas ini terdiri daripada 2orang pelajar sekolah menengah yang mempelajari typing secara dalam talian. Pelajar dapat menggunakan teknik menaip dengan cepat dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas menggunakan website typingpast.com dalam menaip. Pelajar mendengar arahan yang dipaparkan dalam menaip dalam talian. Pelajar perlu menaip penulisan yang telah diberikan dan mengikut papan kekunci yang disediakan.
Masa : 10pg-12tghri Lokasi : PEDi Sungai Sireh Peserta :Dewasa |
Tujuan
PEDi Sg Sireh menjadi tempat tumpuan orang ramai apabila kerajaan memberi kredit dalam ewallet sebanyak RM100 kepada semua yang layak. Pengunjung yang datang daripada pelbagai generasi berumur 21 tahun keatas bagi menebus duit tersebut. Petugas membantu dalam menebus kredit setiap pengunjung yang datang.
Aktiviti
Petugas memerlukan kad pengenalan dan telefon pintar dalam menebus duit tersebut. Penebusan boleh dilakukan di apps shoppe, e-wallet, mybank2u dan banyak lagi. Selepas penebusan pelanggan boleh barang di kedai-kedai yang mempunyai apps yang boleh discan barcodenya.
Masa : 10pg-11pg Lokasi : PEDi Sungai Sireh Peserta :Dewasa |
Tujuan
Aplikasi digital Myjpj telah digunapakai oleh semua bagi memudahkan pengguna dalam melihat lesen memandu, cukai jalan kenderaan yang telah diperbaharui. Apps ini dapat membantu pengguna dalam aplikasi digital yang boleh dibawa kemana-mana tanpa membawa dokumen.
Aktiviti
Petugas membantu pengguna memuatturun aplikasi myjpj di dalam telefon pengguna. Aplikasi ini mesra pengguna yang mana perlu mendaftar dahulu sebelum login ke akaun myjpj. Pengguna perlu masukkan maklumat peribadi seperti nama penuh, kad pengenalan, alamat emel, no telefon dan katalaluan.
Masa : 10pg-12tghri Lokasi : PEDi Sungai Sireh Peserta :Dewasa |
Tujuan
Kelas kemahiran word ini dihadiri oleh 2orang pelajar sekolah menengah. Mereka ingin belajar mengenai word disamping membuat kerja sekolah yang diberikan guru. Pelajar terbabit menjadikan PEDi sebagai sumber mencari ilmu dalam melengkapkan latihan yang diberikan. Pelajar perlu membuat kerja sekolah dengan menggunakan komputer disini.
Aktiviti
Pelajar diajar cara meletakkan gambar di dalam word yang telah disimpan didalam dokumen. Pelajar perlu mencari gambar di google seterusnya perlu disimpan di dalam dokumen.