Masa : 10pg-12tgri Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Orang Awam |
Tujuan
NADI Sungai Sireh membuka kaunter untuk orang ramai dalam membuat Mydigital ID. Pengguna perlu membawa telefon bagi pengaktifan tersebut. Petugas membantu peserta mendaftar dan mengaktifkan akaun MyJPJ mereka. Memberi panduan langkah demi langkah untuk mencipta dan mengurus kata laluan MyJPJ. Menggalakkan penggunaan MyJPJ sebagai platform digital utama bagi urusan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Aktiviti
Pengguna membuka aplikasi MyJPJ di telefon pintar dan menggunakan MyDigital ID untuk log masuk untuk mendaftar. Pengguna perlu ke tetapan katalaluan bagi mengaktifkan katalaluan di akaun pengguna. Pengguna berjaya membuat pengesahan log masuk dan boleh menggunakan MyJPJ sepenuh.
Masa : 10pg-12tgri Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Wanita |
Tujuan
Peserta datang ke NADI Sg Sireh untuk mengisi rekod kehadiran menggunakan excel. Petugas memberi penerangan ringkas mengenai fungsi dan kegunaan Excel dalam merekod diexcel.
- Demo antara muka (ribbon, toolbar, worksheet).
Aktiviti
Petugas memberi bimbingan kepada peserta tentang cara mengisi rekod kehadiran secara dalam talian. Memastikan rekod kehadiran peserta program disimpan dengan sistematik dan teratur. Meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan platform e-pembelajaran yang disediakan.
Masa : 10pg-1tgri Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Usahawan |
Tujuan
NADI Sungai Sireh telah bekerjasama dengan FAMA Kuala Selangor memperkenalkan platform digital kepada usahawan tempatan. Peserta yang menyertai progran ini adalah seramai 18orang dari pelbagai bidang. Program ini dapat membantu usahawan mengembangkan perniagaan melalui pendigitalan dan juga memberi pendedahan tentang e-dagang dan pemasaran digital.
Aktiviti
Peserta diajar menggunakan platform e-dagang seperti Agrobazaar yang telah dibangunkan oleh pihak FAMA. Peserta juga diajar bagaimana cara berdafatr, menguruskan produk dan membuat analitik jaulan di dalam lawab web tesebut. Peserta juga dapat mempelajari teknik pengiklanan yang berkesan dengan menggunakan platform digital. Peserta membuat akaun e-dagang dan media sosial perniagaan. Demonstrasi cara mengambil gambar produk yang menarik.
Masa : 10pg-12tgri Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
NADI Sungai Sireh mengadakan pemeriksaan kesihatan kepada semua penduduk sekitar dalam meningkatkan kesedaran peserta tentang pentingnya menjaga kesihatan fizikal dan mental. Peserta diberi pendedahan mengenai cara-cara menjalani gaya hidup sihat. Membekalkan peserta dengan kemahiran praktikal untuk menguruskan kesihatan diri. Dengan sokongan berterusan, program ini diharapkan dapat dijalankan secara berkala bagi memastikan masyarakat lebih peka terhadap kepentingan kesihatan.
Aktiviti
Peserta kini lebih memahami kepentingan menjaga kesihatan. Peserta mempelajari teknik baharu untuk menjalani gaya hidup sihat. Peserta juga dapat meningkatkan motivasi peserta untuk mengamalkan rutin kesihatan yang baik.
Masa : 10pg-12tgri Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Pelajar datang ke NADI Sg Sireh untuk merekod buku nilam dalam sistem AINS. Pelajar membuka laman web rasmi AINS seterusnya masukkan ID pengguna dan kata laluan. Pelajar merekod bahan bacaan seperti buku, majalah, artikel dan lain-lain. Pelajar mengisi ulasan ringkas tentang buku atau bahan yang dibaca. Pelajar juga menyimpan rekod dan pastikan ia berjaya disahkan oleh guru atau pihak bertanggungjawab.
Aktiviti
Pelajar log masuk, cari menu atau modul berkaitan NILAM. Pelajar klik pada menu tersebut untuk mengakses bahagian rekod NILAM. Pelajar menambah rekod buku seperti tajuk buku, pengarang, penerbit, tahu diterbitkan, bilangan muka surat dan kategori.