#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#perintahkawalanpergerakanbersyarat


Perut kembung tidak mendatangkan masalah kesihatan serius, terapi ia menyebabkan individu yang mengalaminya berasa tidak selesa, sukar untuk bernafas, duduk dan bergerak.

Jika anda terlalu kerap mengalaminya, cuba ketahui apakah punca yang biasa menyebabkan anda kembung. Setiap individu mempunyai trigger yang berbeza.

Kebiasaannya ia berpunca dari pemakanan dan cara anda makan. Sesetengah makanan sukar dihadam dan mempunyai bahan tertentu yang menyebabkan pembebasan gas di dalam perut. Makan terlalu laju, makan sambul berbual dan makan terlalu banyak juga nmerupakan punca perut kembung.

Sekiranya, gejala kembung terlalu kerap berlaku, dapatkan pemeriksaan kesihatan.

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#perintahkawalanpergerakanbersyarat


 

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#perintahkawalanpergerakanbersyarat


Anda nampak sesiapa merokok di premis makanan?

Laporkan

✅ nama premis/kedai
✅ alamat lengkap premis/kedai

Maklumat dari pihak tuan/puan akan disampaikan kepada jabatan kesihatan yang berhampiran anda. https://wa.me/60108608949

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#perintahkawalanpergerakanbersyarat


Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni. Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah

⚠️ Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
⚠️ Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik
⚠️ Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan
⚠️ Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui)
⚠️ Pinggan dengan pelbagai bentuk

Pinggan yang selamat adalah
✔️ Pinggan berwarna putih tanpa corak
✔️ Corak pinggan di bawah atau luar pinggan

.Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya- Elakkan meletakkan makanan panas
- Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave
- Jangan simpan makanan terlalu lama
- Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah
- Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor
- Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#perintahkawalanpergerakanbersyarat