Siapa sangka, puding buih ini mampu menyebabkan lebih 70 orang individu terlantar akibat keracunan makanan.

Daripada siasatan dilakukan Jabatan Kesihatan Daerah mendapati ianya mungkin berpunca daripada telur yang digunakan dalam puding buih tersebut.

Menurut mangsa, puding tersebut mempunyai rasa yang sedap dan tidak mempunyai tanda tanda telah tercemar. Tetapi kemudian, mengalami sakit perut yang amat sangat, muntah dan cirit.

Penjual makanan dalam talian diharap untuk menjaga kebersihan dan keselamatan semasa mengendalikan makanan.

Jangan aniaya pelanggan anda dengan meletakkan kandungan yang tidak bersih, telah tercemar dan telah tamat tempoh.

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#perintahkawalanpergerakanbersyarat

1. SOP pengkhususan anak frontliners di pusat jagaan kanak kanak telah disalah tafsir sesetengah pihak sebagai satu bentuk diskriminasi kepada anak anggota kesihatan.

2. Pengkhususan ini adalah bertujuan untuk mencegah penularan jangkitan berdasarkan faktor risiko yang telah diperhalusi.

3. Alternatif kepada pengkhususan ini adalah untuk menyediakan taska khusus untuk anak anak frontliners ( petugas kesihatan dan anggota keselamatan)

4. Untuk makluman, mewujudkan taska di tempat tempat kerja bukan suatu agenda baru. Kerajaan sebelum ini juga pernah mencadangkan perkara yang sama.

5. Terkini, perkara ini turut disuarakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Dr Noor Hisham sendiri.

6. Mewujudkan taska khas juga telah dilaksanakan di negara lain seperti US7. Ini adalah waktu terbaik untuk merealisasikan taska di tempat kerja. Ini adalah peluang untuk merealisasikan agenda baik ini. Jika bukan sekarang bila lagi?

8. Kewujudan taska khas untuk petugas kesihatan bukan sahaja penting semasa tempoh pandemik malah sangat bermanfaat untuk tempoh jangka panjang memandangkan waktu bekerja petugas yang tidak menentu.

9. Kita mampu mewujudkan pusat kuarantin MAEP dan pelbagai fasiliti penting dalam tempoh singkat. Mengapa tidak taska jagaan?

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#perintahkawalanpergerakanbersyarat

 

 

 

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#perintahkawalanpergerakanbersyarat



Kini anda perlu menulis nama sebelum masuk ke mana mana premis. Pen yang dikongsi telah disentuh oleh ramai individu sebelum anda

✔️ Nyahcemar pen tersebut dengan menggunakan sanitizer
✔️ Bawa pen sendiri (paling mudah!)

Risiko penyebaran penyakit menerusi objek adalah rendah, namun lebih baik berhati hati

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#perintahkawalanpergerakanbersyarat

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#perintahkawalanpergerakanbersyarat