PEMAKLUMAN BERITA PALSUTAK PASTI JANGAN KONGSI!Dapatkan info yang sahih di Telegram Rasmi MKN https://t.me/MKNRasmi.
Terima kasih backliner yang terus menjalankan tugas walaupun berhadapan wabak COVID19.Hargailah mereka yang bertungkus-lumus. Teruskan duduk rumah dan patuhi PKP.
#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
TIP RAMADHAN-PEMAKANAN WARGA EMAS
Warga emas adalah golongan yang berisiko kepada pelbagai penyakit. Amalan pemakanan sihat semestinya dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan di bulan puasa ini. Pengambilan makanan juga perlu dikawal bagi mengelakkan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi &
penyakit jantung.
Pastikan hidangan yang diambil ketika bersahur & berbuka adalah kurang lemak, gula & garam..pilihlah menu yang lebih sihat.
Antara tips untuk meredakan kebimbangan adalah menggunakan teknik “grounding”.
1. “Tanam “ Kaki
Proses ini memerlukan anda untuk berdiri atau duduk dengan pemukaan kedua dua tapak kaki menyentuh lantai, tanah atau rumput. Rasai permukaan tersebut.
Adakah ia kasar, licin, sejuk atau panas? Cuba rasakan dengan teliti. Anda akan dapat rasakan seperti ada tenaga elektrik yang turun dari atas kepala ke tapak kaki, mengalir ke bumi.
2. Bernafas
Perlahan lahan, tarik nafas dalam kiraan 5 saat. Hembus semula perlahan lahan dalam kiraan 6 saat. Lakukan dalam kiraan 6 saat. Anda akan mula rasakan darah beredar dengan lancar
Dalam tempoh PKP adalah NORMAL untuk anda berasa bimbang. Namun sekiranya kebimbangan tersebut menyebabkan tercetusnya serangan panik atau menggangu kehidupan seharian anda, ia perlu ditangani segera.
#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
TIP RAMADHAN- PEMAKANAN IBU MENYUSU
Dalam Islam terdapat rukhsah dalam berpuasa di bulan Ramadhan bagi ibu menyusukan bayi.
Walau bagaimanapun, bagi wanita menyusukan bayi yang ingin dan mampu untuk berpuasa, tip ini ditujukan untuk anda🤱
Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Memperbanyakkan Amal Ibadah Lain
p/s- Teruskan mengepam susu secara konsisten pada waktu siang & lebihkan penyusuan terus (direct feeding) bayi pada waktu malam..Power pumping di waktu malam disarankan bagi ibu yang mengalami pengurangan penghasilan susu pada waktu siang.
#ramadhankareem
#stayathome
#breastfeeding
#infopemakananKKM
#NutritionistKKM
Sebenarnya, tips minum 8 gelas air sepanjang malam tidak mempunyai asas sains ysng kukuh dan ia muncul dari satu kajian pada tahun 1945 yang mencadangkan pengambilan 1 ml air bagi setiap kalori.Untuk makluman, setiap individu mempunyai tahap keperluan air yang berbeza. Cara paling mudah untuk mengetahui keperluan tubuh adalah dengan mengikut signal yang di terima otak iaitu rasa dahaga.Bagi menghidratkan tubuh badan, sumber air bukan sahaja dari minuman, tetapi termasuk dari makanan seperti buah buahan, sup, susu, yougurt dan lain lain lagi.Dengan mempelbagaikan sumber makanan yang mengandungi air ini, anda bukan sahaja dapat mencegah dehidrasi malah dapat membekalkan pelbagai nutrient berkhasiat dan menikmati rasa yang berbeza.Selamat berpuasa,
#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang