Masa : 10.00pg - 12.30tghr Lokasi : PEDi Sungai Sireh Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini terdiri daripada seorang pelajar lepasan SPM, pelajar menghadiri kelas ini kerana ingin mempelajari microsoft office untuk memohon pekerjaan dalam bidang pengkomputeran. Pelajar mempelajari microsoft word, excel dan power point.
Aktiviti
Pelajar mempelajari tools yang disediakan didalam microsoft office yang di bantu oleh petugas.
Masa : 10.00pg - 12.30tghr Lokasi : PEDi Sungai Sireh Peserta : 2 orang |
Tujuan
Laman web https://siswa.mais.gov.my/ digunakan untuk hijah dan wasiat. Petugas mengajar pengguna yang ingin mendaftar hibah secara atas talian. Pengguna perlu membawa semua dokumen yang diperlukan bagi proses penghantaran borang.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai laman web ini secara terbuka kepada puan Wati, Beliau ingin mendaftar hibah secara atas talian, dokumen yang diperlukan adalah seperti kad pengenalan, geran tanah, maklumat terkini penerima hibah, pembayaran akan dikenakan setiap transaksi hibah dan wasiat.
Masa : 10.00pg - 12.30tghr Lokasi : PEDi Sungai Sireh Peserta : 2 orang |
Tujuan
Microsoft Word adalah dokumen mudah yang digunakan untuk membuat dokumen penulisan yang ringkas. Word juga digunapakai dalam semua sektor yang melibatkan penulisan surat rasmi, dokumen dan sebagainya.
Aktiviti
Pelajar membuat karangan dengan menggunakan tool-tool yang ada di dalam microsoft word. Beberapa template yang terdapat di dalam microsoft word juga digunakan dalam penulisan ini.
Masa : 10.00pg - 12.30tghr Lokasi : PEDi Sungai Sireh Peserta : 2 orang |
Tujuan
Resume adalah suatu kenyataan yang disusun padat bagi memberitahu secara ringkas mengenai seseorang. Ia bukan bukanlah seperti biodata yang menterjemahkan hal-hal peribadi dan kehidupan seharian.
Aktiviti
Pelajar membuat resume untuk mencari pekerjaan selepas tamat persekolah. Petugas mengajar cara bagaimana dalam menulis resume yang ringkas dan padat dengan maklumat diri.
Masa : 10.00pg - 12.30tghr Lokasi : PEDi Sungai Sireh Peserta : 5 orang Rangkaian Komputer |
Tujuan
Rangkaian Komputer dihubungkan untuk berkongsi sumber seperti pertukaran fail dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio dan satelit.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan mengenai rangkaian komputer bagaimana rangkaian komputer berfungsi.