Masa : 10.00pg -12.00tghri Lokasi : PiK Sungai Sireh Peserta : 34 orang |
Tujuan
Latihan usahawan adalah proses penambahan ilmu dalam bentuk latihan,kursus, bengkel yang disediakankan oleh Team Roadtax Online meliputi pelbagai bidang seperti pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat, motivasi, pengurusan am dan sebagainya.
Aktiviti
Antara kandungan program ini adalah seperti apakah itu perniagaan online, pelajari asas personal branding, mengenali asas FB Marketing, mempelajari asas whatsapp marketing dan mengaplikasi ilmu keusahawanan dalam urusan kehidupan atau perniagaan sedia ada.
Masa : 9.00pg -1.00ptg Lokasi : PiK Sungai Sireh Peserta : 3 orang |
Tujuan
Pelajar akan mengikuti kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pelajar akan diberi link daripada petugas untuk mengikuti kelas ini. Nota juga akan diberikan kepada pelajar yang mengikuti tuisyen ini dan guru akan berpandukan nota yang diberi.
Aktiviti
Pelajar dibekalkan dengan nota mengikut matapelajaran yang diambil. Guru mengajar dengan jelas menggunakan google meet.
Masa : 9.00pg - 1.00ptg Peserta : 2 orang |
Tujuan
Kelas tuisyen online Bahasa inggeris tahun 5 terdiri daripada 2 orang pelajar. Kelas ini diajar oleh guru yang berpengalaman mengajar tuisyen di sekolah mahupun dirumah. Kelas ini diberi nota tambahan sebagai rujukan dan latihan.
Aktiviti
Pelajar diberi link untuk mengikuti kelas iaitu google meet. Guru kelas memberi kuiz secara atas talian dan markah setiap pelajar akan direkodkan di dalam buku rekod. Ibubapa boleh memantau prestari anak yang telah direkodkan oleh petugas.
Masa : 9.00pg -1.00ptg Lokasi : PiK Sungai Sireh Peserta : 2 orang |
Tujuan
Penggunaan komputer untuk pelajar sekolah perlu jika mereka mempunyai masalah kekurangan peralatan komputer di rumah. Pelajar mengambil pendekatan menggunakan komputer di Pusat Internet bagi memudahkan membuat kerja sekolah. Pelajar membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru.
Aktiviti
Pelajar menggunakan internet dalam menyiapkan kerja sekolah dengan mudah.
Masa : 3.30ptg -4.30ptg Lokasi : PiK Sungai Sireh Peserta : 1 orang |
Tujuan
Peserta mengikuti kelas tuisyen secara online bahasa inggeris. Guru yang mengajar adalah guru yang berpengalaman daripada Kuantan. Kelas ini menggunakan google meet dan mempunyai beberapa orang lagi pelajar dari pelbagai negeri.
Aktiviti
Peserta diberi latihan bahasa inggeris secara manual serta guru menerangkan mengenai latihan tersebut. Latihan ini berdasarkan kelas yang diajar oleh guru sebagai panduan. Pelajar boleh juga buat latihan sendiri dirumah jika tidak sempat membuat di kelas tersebut.