T
arikh    
:
 4 Januari 2022

Masa     : 10.00pg - 12.30tghr

Lokasi   : PiK Sungai Sireh

Peserta : 1 orang 

 

Tujuan

Permohonan SPA masih dibuka kepada semua seperti pelajar lepasan SPM, Diploma, Ijazah,Master dan golongan yang mencari pekerjaan. Pelbagai jawatan yang ditawarkan mengikut kesesuaian jawatan yang di pohon.

 
Aktiviti

Pelajar mengisi borang menggunakan laman web https://www.spa.gov.my/spa/ . 

 

Gambar disini


T
arikh    
:
 19 Disember 2021

Masa     : 10.00pg - 12.30tghr

Lokasi   : PiK Sungai Sireh

Peserta : 8orang 

 
Tujuan

Seramai 8 orang pelajar sekolah rendah dari tahun 2 hingga tahun 6 mengikuti kelas word. Mereka mempelajari mengenai cara-cara menggunakan tool yang terdapat di microsoft word. 

Aktiviti 

Pelajar diberi latihan dan tunjuk ajar oleh petugas. Mereka menggunakan papan kekunci dalam menaip serta mempelajari kegunaan jari bagi setiap papan kekunci.  

 

Gambar disini


T
arikh    
:
 3 Disember 2021

Masa     : 10.00pg - 5 petang

Lokasi   : PiK Sungai Sireh

Peserta : 46 orang daripada PEDi Selangor

 

Tujuan

Lawatan yang dihadiri di PEDi Labohan Dagang di hadiri oleh Chairman SKMM iaitu YB Dr. Fadhlullah Suhaimi dan beberapa orang kakitangan SKMM. Beliau membuat lawatan mengenai usahawan PEDi di sekitar Selangor melalui temubual di plat form atas talian. 

Aktiviti

PEDi Labohan Dagang mempunyai peserta PUPUK yang mencari dan memberi bimbingan mengenai usahawan yang kurang kemahiran atau sedang menambah ilmu dalam perniagaan. Beberapa usahawan PEDi telah dijemput untuk di temubual oleh Chairman tersebut.

 

Gambar disini


T
arikh    
:
 6 Disember 2021

Masa     : 10.00pg - 12.30tghr

Lokasi   : PiK Sungai Sireh

Peserta : PEDi Selangor dan Usahawan

 

Tujuan

Nama perniagaan merupakan gaya atau tajuk yang digunakan bagi pengenalan sesuatu perniagaan yang dijalankan. Nama perniagaan mempunyai dua kategori iaitu nama sendiri atau nama syarikat. Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan. Kategori ini tidak perlu semakan untuk kelulusan. Contoh Ruslan Bin Mohamad, Lee Yng Fei dan Sharmila A/P Avaniappan. (b) Nama tred: Nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering dan ABS Unggul Enterprise

Aktiviti 

Pegawai SSM menerangkan secara terperinci bagaimana mendaftar ssm melalui ezbiz. Laman web ezbiz senang di akses oleh pengguna. Pengguna perlu daftar masuk dahulu sebelum mendaftar dengan lebih lanjut lagi berkaitan lesen perniagaan.

 
Gambar disini


T
arikh    
:
 17 November 2021

Masa     : 10.00pg -12.00tghri

Lokasi   : PiK Sungai Sireh

Peserta : 1 orang

 

Tujuan

 Di dalam modul ini kita akan mempelajari teknik membuat pembentangan menggunakan Ms Powerpoint. Membuat slide pembentangan menggunakan MS   power Point sama dengan membuat pembentangan.

Aktiviti

Pelajar akan belajar membuat slide pembentangan dari mulanya kosong sehingga mempunyai tools-tools yang boleh dipakai dengan mudah.

 

Gambar disini

Sub-kategori